in

“Respek akhlak demo” – Syahmi Sazli Tutup Perniagaan, Taknak Sebabkan Kesesakan Jalan

Syahmi Sazli Tutup Kedai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Personaliti media sosial, Syahmi Sazli baru-baru ini sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas dia memuat naik satu pengumuman tentang perniagaan air balangnya yang bakal ditutup atas beberapa faktor.


Menerusi Instagramnya, salah satu faktor yang menyebabkan dia terpaksa menutup perniagaan air balangnya itu adalah parking yang mana dia difahamkan tidak mahu untuk mengambil hak orang lain.

“Mi risau terambil hak orang lain, dan faktor lain lagi. Mi memutuskan untuk mengakhiri jualan air balang mi pada minggu ini”

https://www.instagram.com/p/Ceh1pGOvS7K/?igshid=YmMyMTA2M2Y%3D

Difahamkan, perniagaan air balang ini sebenarnya sudah dijalankan sejak bulan Ramadan dan sambutan yang diterima sangat mengalakkan sehingga ada pelanggan yang terpaksa pulang dengan tangan kosong kerana kehabisan barangan.

Selain melakukan beberapa penambahbaikan seperti mengupah 2 orang ‘abang Rela’ bagi menjaga keadaan di kawasan berkenaan yang difahamkan bermula dari 1 petang sehingga 4 atau 5 petang atau sehingga barangan habis.

https://www.instagram.com/p/CedalsbAUYT/

Pastinya berita penutupan ini agak mengejutkan ramai, tak kurang juga yang memuji tindakan pemuda ini yang tidak mahu menyusahkan orang lain atas faktor parking dan lain-lain.

Cats 7

Dalam masa yang sama, dia juga berharap akan kembali berniaga sekiranya mendapat kawasan yang lebih sesuai.

Sementara itu, dia difahamkan akan keluar dengan sebuah lagi filem baharu yang akan ditayangkan di Astro First iaitu ’35mm’ tak lama lagi.

Baca : “Awal2 rilek, last2 kena kepong” – Netizen Geli Hati Lihat Gelagat Asif Cucuk Vaksin, Sampai Ramai Kena Pegang

Asif Takut Nak Cucuk Vaksin

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.