in

Remaja Lari Rumah Kerana Takut Kena Ganti Duit Ibu Lepas Gagal Ujian B2

syaz ft 2025 11 04T165327.221

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang remaja lelaki bertindak meninggalkan rumahnya di Bukit Katil, Melaka selepas berkecil hati dengan gurauan ibunya yang memintanya membayar semula kos ujian lesen memandu motosikal (B2) jika enggan mengulang semula ujian tersebut selepas gagal sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata remaja berusia 18 tahun itu dilaporkan hilang sejak 1 November lalu, namun berjaya dikesan selepas orang awam menyalurkan maklumat mengenai kehadirannya di sebuah restoran dalam mukim sama, semalam.


Artikel berkaitan: Lib*s Penunggang Motosikal Dengan Objek Tajam, Lelaki 20-an Dicekup Polis

Artikel berkaitan: 9 Lelaki Sudah Ditahan, Ini Punca Pemandu Myvi Dikejar Geng Motosikal

“Seorang lelaki telah memaklumkan terjumpa remaja itu pada pukul 12.45 tengah malam dalam keadaan mundar-mandir mencari arah di hadapan rumahnya dan apabila ditanya dia beritahu mahu makan di sebuah restoran berhampiran.

Soal siasat bersama pekerja kedai makan tersebut mengatakan remaja itu ada datang berseorangan dan makan telur serta air suam sahaja sebelum beredar menghala ke Tehel dengan berjalan kaki,” katanya.

Beliau berkata semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di restoran berkenaan mengesahkan identiti orang hilang (OH) itu dan pada pukul 9.50 malam semalam, pihaknya turut menerima maklumat bahawa remaja tersebut kembali ke premis sama.

Beliau menjelaskan bahawa remaja itu ditemui pada pukul 10.05 malam dalam keadaan baik dan sihat. Hasil soal siasat menunjukkan remaja berkenaan pernah menduduki ujian lesen memandu B2 di Bukit Katil tetapi gagal.

Ibunya kemudian meminta dia mengulang ujian atau membayar semula wang yang telah dikeluarkan, namun perkara itu sebenarnya hanya gurauan.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.