Remaja Lari Dari Rumah, ‘Sentap’ Ibu Tegur Supaya Kemas Rumah…

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kewujudan kita hari ini sesungguhnya satu nikmat yang amat besar dari Allah swt melalui dua orang insan mulia, satu ketika dahulu kita lah yang menjadi ‘sang juara’ mengatasi jutaan yang lain dalam perjuangan demi sebuah kehidupan.

Tanpa mereka siapalah kita,tapi….

Hanya kerana ditegur supaya mengemas rumah dalam nada suara yang tinggi, seorang remaja dipercayai merajuk dan nekad melarikan diri..masyaallah…

Hasanatul Khalikah Ali, 39 tahun ibu kepada Nur Ainin Sufiah Mohd Adam, 17 tahun berkata pada hari kejadian dia melihat anaknya keluar rumah dengan membawa beg namun dia tidak menyangka itu kali terakhir dia melihat anak sulungnya itu.

“Selepas itu saya nampak dia keluar bawa beg tapi taklah terfikir dia nak lari, mungkin dia pergi ke rumah kawan.”

“Mungkin agaknya dia merajuk dengan saya,”

Sumber : sinarharian

Menurut laporan  sinar harian, Hasanatul ada beberapa kali cuba menghubungi Ainin selepas kali terakhir melihat anaknya pada hari jumaat lalu termasuk menghantar mesej menerusi WhatsApp tetapi tidak dijawab..hmm budak2 sekarang..

Akibat terlalu bimbang dan buntu memikirkan tentang keselamatan Ainin, Hasanatul bertindak untuk bertanya tentang anaknya itu di dalam kumpulan WhatsApp sekolah.

“Kawan Ainin beritahu anak saya selamat dan kini berada di rumah ibu tirinya di Port Dickson. Paling saya risau apabila dia cakap nak pergi ke Johor.

“Saya nak cari Ainin pun tak tahu alamat rumah ibu tirinya di mana. Saya betul-betul risau kerana dia perempuan dan berada di bawah tanggungjawab saya sebagai ibu kandung sejak ayahnya meninggal dunia Jun lalu,”

Katanya, dia berjanji untuk tidak lagi memarahi Ainin dan hanya mahukan anaknya itu kembali ke pangkuannya dalam keadaan selamat, kerana dia terlalu merindui anaknya itu.

“Ibu minta maaf jika terkasar,”

“Sebagai seorang ibu, saya menegurnya demi kebaikan. Lagipun dia anak sulung dalam lima beradik dan menjadi harapan saya.”

Hasanatul juga telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, kelmarin.

Sementara itu, rata-rata netizen mendoakan supaya anaknya segera kembali ke pangkuan wanita itu selain memberi ‘nasihat’ kepada remaja tersebut supaya tidak ‘kurang ajar’ kepada ibunya.

zaman sy kena wayar charger..perit xterkata

kecik2 dh pandai nk lari rumah bagai…..

sng btul nk lari rumah

Sumber : Facebook

So kepada mereka yang baca artikel ini dan ternampak Ainin di luar sana, diminta untuk menghubungi 011-20701969 ataupun maklumkan di balai polis berdekatan.

Hai lah adik, admin tak ada hak nak nasihat tapi sebagai anak sepatutnya kita dengar dan patuh kepada ibu bapa kita, admin doa semoga akak ni jumpa balik dengan anak dia…..

Baca : Tak Tahan Rasa Sebak Bila Melihat Anak Kecil Ini Panggil Mamaa Di Pusara Ibunya

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.