in

Remaja Berjalan 5 km Untuk Buat Laporan Polis Dirogol Bapa Angkat Sejak Berusia 9 Tahun

Rape

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas hampir lima tahun diperkosa bapa angkatnya, akhirnya seorang gadis berusia 14 tahun membuat keputusan untuk melaporkan kerja jahat bapa tirinya itu kepada pihak polis. Walau bagaimanapun, mangsa terpaksa berjalan 5.1 km berseorangan dari rumahnya di Sungai Rambai, Jasin ke Balai Polis Merlimau untuk membuat laporan.


635796137911602452
gambar hiasan – sumber: the odyssey online

Menurut mangsa, dia telah dirogol oleh bapa angkatnya yang berusia 45 tahun sejak dari usia 9 tahun lagi.

Mangsa sedang tidur di biliknya terkejut apabila bapa angkatnya mendukung mangsa masuk ke bilik lelaki itu. Suspek seterusnya menanggalkan baju mangsa dan mencabulnya dua kali walaupun mangsa cuba untuk melawan.”

— Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim

2611677Dedfe01342C9E904179766491
gambar hiasan – sumber: herald sun

Menurut Kamaluddin lagi, mangsa seterusnya dibenarkan kembali ke bilik tidurnya semula selepas dia dirogol.

Susulan dari laporan tersebut, mangsa telah dibawa ke Hospital Melaka untuk pemerikasaan lanjut dan pegawai perubatan telah menemui kesan koyakan lama pada kemaluannya.

Mangsa juga mendakwa bahawa dia sering diperkosa bapa angkatnya apabila ibu angkatnya yang juga seorang penjawat awam menghadiri khusus di luar daerah.

Walaupun begitu, pihak polis sudah mendapat kebenaran untuk menahan reman bapa angkat mangsa yang merupakan pengendali kedai makan selama tujuh hari bermula hari ini untuk membantu siasatan.

Semoga gadis tersebut mendapat perlindungan yang sebaiknya dan pulih dari trauma yang sedang dihadapi. 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.