Semalam, semua rakyat Malaysia gembira dengan pencapaian Ziyad Zolkefli yang bukan sahaja dapat mempertahankan emasnya malah atlet ini berjaya memecahkan rekod dunia dengan lontaran pelurunya itu.
Pun begitu, detik gembira yang dirasai oleh Ziyad dan rakyat Malaysia tak kekal lama apabila pingat emas yang dimenanginya ini telah direntap dan menjadi milik pesaing dari Ukraine, Maksym Koval.
Terkini
pingat emas Malaysia direntap dan rekod dunia tidak diiktiraf apabila Ziyad Zolkefli dibatalkan penyertaan kerana isu teknikal
emas milik pesaing dari Ukraine,Maksym Koval@ASTROARENA pic.twitter.com/Ow2oey1QbC
— AdamZamri (@AdamZamri8) August 31, 2021
Keputusan ini dibuat selepas pasukan Ukraine melakukan protes mendakwa Ziyad lewat tiba di bilik menunggu sebelum acara tersebut berlangsung di Stadium Olimpik.
Difahamkan, menurut Berita Harian, Ziyad lambat dua minit untuk ke bilik menunggu kerana bercakap dengan ibunya.
Namun, ketua kontijen Malaysia, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharuddin telah pun membuat rayuan atas keputusan untuk menarik pingat emas Ziyad ini.
Rayuan Malaysia ditolak
Malangnya sebentar tadi, Team Malaysia menerusi Twitter memberitahu bahawa keputusan penarikan semula pingat emas Ziyad dikekalkan dan rayuan oleh pasukan Malaysia telah ditolak.
Pingat emas tersebut tetap menjadi milik pesaing dari Ukraine dan rekod dunia yang dipecahkan oleh Ziyad untuk kategori Lontar Peluru F20 semalam turut terbatal.
Keputusan penarikan semula Emas ? Ziyad kekal & rayuan kita ditolak. ? Keputusan yang bukan diinginkan tapi harap Ziyad kuat. Walau apa pun terjadi, Ziyad tetap JUARA di hati rakyat #MAS! ? #Athletics #Paralympics #Tokyo2020 #KamiLuarBiasa #unifiedMalaysians #DemiMalaysia https://t.co/498UFLT9ja
— Team Malaysia (@TeamMsia) September 1, 2021
Walaupun tak berpuas hati dengan keputusan terbaru ini, rata-rata netizen tetap berbangga dengan kejayaan dan usaha yang dibuat oleh Ziyad dan meminta agar atlet ini terus tabah.

Baca: Atlet Paralimpik Jong Yee Khie Raih Pingat Perak Bagi Kategori Powerlifting Lelaki 107kg!

