in

Lelaki Australia Pecah Rekod Dunia, Buat ‘Planking’ Selama 9 Jam 30 Minit 1 Saat

Ft Plank

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi yang sudah biasa dengan senaman kardio, pasti korang sudah biasa dengan istilah planking. Kebiasaan rutin planking ini dilakukan dalam masa beberapa minit, tu pun dah dikira lama. Buat seminit pun dah terketar-ketar otot apa lagi buat dalam masa sejam.


Tapi apa yang mengejutkan satu dunia, seorang lelaki yang berasal daripada Australia, Danial Scalii telah mencipta rekod dunia dengan melakukan planking paling lama dengan catatan masa 9 jam 30 minit 1 saat. Gila, lama betul!

Ianya merupakan percubaan kedua setelah percubaan pertamanya pada 18 Jun lalu gagal dan tidak diterima Guinness atas masalah teknikal. Rekod baharu yang diciptanya itu telah memadamkan rekod lama iaitu lebih sejam.

“Beri kesedaran kepada semua”

Dalam perkongsian dia akaun Instagram Scalii, dia memberitahu bahawa dia merupakan salah seorang penghidap sindrom kesakitan kronik (CRPS) selepas patah tangan kiri ketika usianya 12 tahun. Cubaan memecah rekod dunia yang dilakukannya seiring dengan misi menyebarkan kesedaran tentang penyakit itu. First time min dengar penyakit tu.

Sindrom yang dialami tidak mematahkan semangat dia untuk memecahkan rekod dunia yang dipegang oleh George Hood pada tahun lalu dengan cacatan masa 8 jam, 15 minit, 15 saat. Menurutnya, bukan mudah bagi dia untuk melakukan planking dengan kondisinya itu.

“Tak semudah yang disangka”

Menurut Scalii dalam video yang dimuat naik oleh Guinness di Youtube, seawal minit ke-14, dia sudah merasakan betisnya sudah ‘terbakar’.

Masuk enam ke tujuh jam, badan saya dah mula menggeletar dan akhirnya saya muntah”

“Saya rasa sakit dari hujung rambut sampai hujung kaki. Semua kebas termasuk kaki, peha dan tangan kiri saya”, tambahnya.

Selepas minit ke 9 jam 30 minit 1 saat, senyuman telah terukir di wajahnya apabila berjaya memecahkan rekod dunia yang boleh dikatakan luar biasa dan tak semua mampu buat. Kejayaan memecah rekod dunia merupakan pencapaian peribadi yang tidak akan dilupakan oleh dia.

Semoga cerita ini memberi inspirasi kepada semua supaya tidak mudah mengalah walaupun kita ada kekurangan pada diri.

Baca: [VIDEO] – Dikecam Sebab Hasilkan Wajah Ahli BTS Guna Plastik Sampah Pemuda Beri Penjelasan

Ft Bts 1 E1631176819538

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.