in

“Ratu tampar sekor2” -Safiey Illias Nak Tampar Netizen Kutuk Aisar Khalid Isu ‘Babi Air’?

Collage 40

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas dapat tahu Cool Fever yang direndam boleh jadi kembang dan comel, trend ‘babi air’ semakin mendapat perhatian pengguna TikTok khususnya remaja.


Malah baru-baru ini, seorang YouTuber, Aisar Khaledd dikecam hebat oleh netizen kerana sanggup beli 1,000 Cool Fever semata-mata nak dijadikan konten.

Ramai menganggap, pembaziran yang dibuat oleh segelintir remaja termasuk Aisar ini telah pun menyusahkan orang ramai sehinggakan tular berita wanita ditangkap kerana curi Cool Fever untuk beri pada anaknya yang demam.

Tak cukup dengan itu, ramai juga ibu bapa mengadu susah untuk cari Cool Fever sekarang gara-gara trend babi air ini.

“Ratu tampar sekor-sekor”

Isu Aisar ini turut mendapat perhatian pengasas produk kecantikan, Safiey Illias yang telah memuat naik semula gambarnya bersama Aisar di Instagram berserta kapsyen berbentuk gurauan meminta netizen untuk berhenti bercakap tentang isu babi air tersebut.

Tak baik siapa ejek sebelah ni babi air tau . Ratu akan tampar sekor2 lepas breast ratu baik . RATU adalah RATU2 GENGSTER ye.”

Tak cukup dengan itu, Safiey turut menambah yang dia akan saman netizen yang buli Aisar ni.

My beby air Aisar Khaledd akan screenshot sapa buli dia . And ratu akan saman atau ratu baling dgn breast air ratu ni.”

“Anak ikan ke?”

Posting Safiey ini telah mendapat banyak perhatian dari netizen yang rata-ratanya terhibur dengan kapsyen yang dimuat naiknya itu.

Screenshot 2021 01 27 At 11.37.40 Am Down

“Jangan bersedih oke?”

Dalam postingnya yang lain, Safiey turut menasihati Aisar untuk jangan bersedih dan sentiasa berfikiran positif.

“Saya minta maaf”

Bagi Aisar pula, selepas isunya bermain dengan seribu babi air mendapat kecaman hebat netizen dia telah pun memuat naik video di Instagram membuat permohonan maaf dan berjanji tak akan ulang lagi perbuatan itu.

 

Baca: “Membazir gila” Beli Seribu Cool Fever Untuk Buat ‘Babi Air’, YouTuber Ini Dikecam Netizen

Screenshot 2021 01 27 At 11.51.49 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.