in

Rasuah RM3.5 Juta Gegarkan Jabatan Perdana Menteri!

Okay

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengawal pun buat kerja macam ni?!

Kalau sebelum ni kita dengar banyak penyelewengan dilakukan oleh orang-orang atasan, rupanya orang bawahan pun tak terlepas melakukan kegiatan yang sama.


Menurut Berita Harian, seramai 17 orang pengawal keselamatan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) direman kerana dipercayai terlibat dalam penyelewengan dana jutaan ringgit dan salah guna kuasa.

Macc
sumber: malaysiagazette

Pengawal keselamatan ni akan ditahan selama lima hari kerana dipercayai ada kaitan dengan kes penyelewengan PRU ke-14 bernilai RM3.5 juta. Banyaknya!

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Siti Nabilah Abd. Rashid membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat kesemua suspek sehingga hari Ahad.

Macc2
sumber: malaysiagazette

Kesemua pengawal lelaki itu dibawa dengan menaiki sebuah bas SPRM untuk ke Mahkamah Majistret hari ini dengan memakai pakaian lokap SPRM. Ramai sangat sampai kena bawak naik bas! Dorang tiba di perkarangan Kompleks Istana Kehakiman kira-kira jam 9.15 pagi tadi.

Pengawal keselamatan yang ditahan termasuk seorang pegawai keselamatan Gred KP52 berusia 51 tahun dan 16 orang pengawal keselamatan Gred KP 11 hingga 38 yang berusia antara 31 hingga 51 tahun. 

3 4
sumber: utusan

SPRM juga dikatakan telah merampas wang tunai berjumlah RM840,700 dan sembilan motosikal pelbagai jenama yang masing-masing berjumlah RM10,000 setakat ini.

Banyak lagi rupa-rupanya rahsia yang tersimpan di sebalik PRU ke-14 ni. Semoga kes akan dapat diselesaikan dengan adil tak lama lagi.

Baca: Zahid dan Isteri Guna Dana RM900,000 Untuk Bayar Hutang?

Adasd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.