Suami kepada penyanyi Zizi Kirana iaitu pelakon Yusuf Bahrin meluahkan rasa bimbang sehingga tidak dapat melelapkan mata mengenangkan nasib isterinya yang kini dalam misi kemanusiaan ke Gaza bersama Global Sumud Flotilla (GSF).
Jelasnya, kali terakhir dia dapat berhubung dengan Zizi sekitar jam 1.40 pagi tadi sebelum komunikasi terputus sepenuhnya.
Artikel berkaitan : “Selalu letak orang lain di hadapan” – Musa Nuwayri Dedah Sikap Zizi Kirana Dalam Misi GSF
Artikel berkaitan : Zizi Kirana Bakal Ke Gaza, Momen Terakhir Di KLIA Buat Ramai Tersentuh
Mungkin Zizi dah buang telefon
View this post on Instagram
“Kita sama-sama tak tidur malam ni. Saya rasa Zizi dah buang telefon sebab tak dapat nak hubungi dia dah, saya cuba mesej dan telefon. Kali terakhir status Zizi adalah kecemasan. Setakat ini saya cuba sedaya upaya kuatkan semangat, doakan banyak-banyak.”
“Kapal Heliza berada di belakang, sebab itu dia masih boleh buat siaran langsung.”
Jelas Yusuf, misi GSF perlu difahami sebagai sebagai satu usaha kemanusiaan yang merentasi perbezaan bangsa dan agama. Di samping itu, Yusuf turut memohon orang ramai untuk sebarkan video mereka.
Semoga apa yang dilakukan dapat membuka mata orang ramai, Yusuf yang tidak dapat menahan sebak turut menyatakan bahawa penduduk Gaza sudah menunggu di tepi pantai untuk menyambut ketibaan flotilla berkenaan.
@hibglam.com.my Info terkini, kapal yang dinaiki Zizi Kirana dipintas tentera rejim Israel ketika menuju ke Gaza pada pukul 11.55 malam (waktu Gaza). #zizikirana #yusufbahrin #gsf #sumudflotilla #misikemanusiaan
“Saya rasa sayu sebab orang Gaza dah tunggu tepi pantai, termasuk budak-budak kecil. Mereka tiada apa-apa tapi tetap nak sambut dengan gembira.”
“Bila tahu misi ini tular di seluruh dunia, mereka rasa lega sebab ada yang peduli walaupun mereka tak semua ada akses media sosial.”
Dalam pada itu Yusuf turut mengajak orang ramai untuk menunaikan solat hajat agar keselamatan peserta GSF terjaga.
Sumber : mStar Online, TikTok. Instagram