in

“Rasa sebak pulak tengok” – [VIDEO] Lagu Negaraku Tiba-tiba Berkumandang, Semua Berdiri Tunjuk Hormat Masa Tengah Makan

Wob 021 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam-macam yang dah berlaku pada tahun 2020 ni, pandemik, kemelut politik, pertukaran kerajaan dan macam-macam lagilah.


Kalau tengok dekat media sosial, hari-hari ada je benda yang nak digaduhkan kerana semua ada pendapat dan pandangan masing-masing mengenai sesuatu isu.

Tapi, ini tak bermakna yang perpaduan, rasa cinta, sayang dan hormat pada negara kita ni dah lenyap dalam diri. Buktinya, seorang netizen telah memuat naik satu video di Twitter menunjukkan reaksi rakyat Malaysia bila tiba-tiba lagu Negaraku berkumandang.

Dalam video ni, korang boleh tengok sendiri eksperimen yang dijalankan di salah sebuah kedai makan terkenal di dalam pusat membeli-belah di mana lagu Negaraku dimainkan secara tiba-tiba tanpa ada pengumuman apa-apa sebelum itu.

Wob 013 1 1

Menariknya, walaupun sedang sibuk menjamu selera, berbual dengan kenalan, melayan kerenah anak-anak, sebaik sahaja lagu Negaraku dimainkan, semua yang ada di situ bangun dan berdiri tegak tanda menghormati lagu kebangsaan ini.

Bila lagu Negaraku habis dimainkan, boleh tengok ada segelintir yang semangat sampai tepuk tangan. Rakyat tak kira bangsa, tua atau muda semua tunjuk rasa patriotik dorang.

Netizen yang tengok video ni pun bangga dengan perpaduan yang ditunjukkan siap ada yang rasa sebak lagi.

Screenshot 2020 08 31 At 1.28.47 Pm Down

Tahun ni pun dah masuk tahun ke-63 kita sambut kemerdekaan, so memang eloklah kita ketepikan perbezaan politik dan pendapat masing-masing sebentar dan hargai apa yang negara kita dah capai selama tempoh ni. Merdeka!!!

 

Baca: Jom Imbau Kembali Lagu-Lagu Patriotik Segar Sepanjang Zaman!

Screenshot 2020 08 31 At 1.41.03 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.