in

“Rasa macam benda tu kat belakang” – Lelaki Kongsi Kena Gangguan Gara-gara Terlalu Memuja Idola Yang Dah Meninggal Dunia

ft gangguan idola mistik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mungkin cerita ini boleh dijadikan satu pengajaran buat kita agar berpada-pada dalam memuja seseorang lebih-lebih lagi jika seseorang itu sudah meninggal dunia.

Lelaki yang dikenali sebagai Ikmal ini kongsikan satu pengalaman yang dia tidak akan lupakan saat dia begitu memuja artis pujaannya.


Kata Ikmal kepada Lobak Merah, pengalaman seramnya ini berlaku kira-kira tahun 2011 yang lalu di mana jelmaan idolanya yang telah meninggal dunia itu muncul di depan mata dalam keadaan yang menakutkan.

Artikel berkaitan : Pemilik Butik Pengantin Terkejut Lihat Kedai Bersepah, Nampak Kelibat ‘Rambut’ Dalam CCTV

Artikel berkaitan : Cik B Kongsi Pengalaman Seram Singgah Di Restoran Bunian

 

Fanatik tahap ‘dewa’

Menurut Ikmal, tahap fanatiknya terhadap seorang penyanyi itu bukan biasa-biasa, dia mempunyai satu buku khas untuk idolanya itu, bahkan biliknya dipenuhi dengan gambar-gambar penyanyi kegemarannya serta koleksi CD untuk semua album.

Bagaimanapun ketaksubannya itu sampai ke titik noktah pada hari ulang tahun kelahiran penyanyi tersebut di mana satu program di Astro Ria membuat tribut khas untuk penyanyi tersebut. Ikmal yang begitu teruja untuk menyaksikan espisod program tersebut sangat teruja sampaikan sanggup nak tukar shift kerja.

Kata Ikmal, dia sampai menangis sebab terlalu frust terlepas program itu namun kerana tidak dapat tukar shift, tetapi kembali teruja apabila mendapati bahawa ada siaran ulangannya pada lewat malam.

Screenshot 2025 08 15 151741

Menurut Ikmal dalam intipati program yang dihoskan oleh Jimmy Shanley itu, kakak kepada arwah penyanyi tersebut ada menjelaskan bahawa penyanyi itu dikatakan sakit dipercayai terkena perbuatan sihir kerana di akhir hayat penyanyi tersebut, ahli keluarga menemui barang-barang aneh.

Ikmal yang menontonnya berasa marah, geram dan sedih terhadap peristiwa malang yang menimpa idolanya itu.

Screenshot 2025 08 15 152701

Ketika khusyuk menonton program tersebut, waktu ini lah Ikmal mula alami gangguan aneh yang telah memberi pengajaran kepada dirinya sehingga kini.

 

Bau hanyir darah campur bau tanah

gangguan mistik idola

Dia merasakan bahawa dirinya seolah-olah diperhatikan dan merasakan ada ‘sesuatu’ di belakangnya. Setelah dia menoleh ke belakang, Ikmal mendapati bahawa  ‘artis’ tersebut di depan matanya dalam keadaan muka ada darah, tanah dan luka. Menurut Ikmal, entiti yang menyerupai artis tersebut memakai kain carik berwarna putih kekuningan seperti kain kafan.

gangguan mistik idola 2

Disebabkan perkara itu, Ikmal cuba mendapatkan bantuan daripada seorang Ustaz dan dia ditegur bahawa caranya salah.

 

Terlalu fanatik kepada orang yang dah meninggal – Ustaz

Jelas Ikmal lagi,  Ustaz tersebut turut menyatakan bahawa tindakannya yang menampal gambar bernyawa juga tidak elok kerana menjadi sarang syaitan, malah ustaz tersebut berpesan kepadanya agar melakukan bacaan Yassin atau doakan arwah.

Sejurus selepas itu, Ikmal buang segala koleksi yang dia dah kumpul selama ini termasuklah kesemua album miliknya kecuali satu CD kompilasi lagu popular daripada artis tersebut.

gangguan mistik idola 3

Bagaimanapun, selepas 2 minggu, Ikmal ada mencuba untuk mendengar lagu-lagunya daripada CD tersebut namun gangguan tersebut seolah-olah datang semula. Waktu itu, Ikmal betul-betul tekad untuk buang CD tersebut dan melakukan solat taubat.gangguan mistik idola 4 gangguan mistik idola 5

Setelah sekian lama kejadian ini berlaku Ikmal berkata sehingga kini dia tidak berani mendengar lagu-lagu daripada penyanyi tersebut.

“Kalau siang-siang tu kelaur radio saya ok, tapi kalau malam terus off atau tukar channel lain,” ujar Ikmal kepada Lobak Merah.

Bagi mengelakkan sebarang fitnah, Ikmal tidak menyebut nama artis tersebut dan perkongsiannya ini bertujuan untuk dijadikan pengajaran buat kita semua.

Sumber : Thread

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.