Macam yang kita tahu, setiap kehidupan di laut itu ada fungsi dan kepentingan tersendiri terutama kepada ekosistem.
Tular di laman Facebook mengenai perkongsian sebab perlu elakkan makan ikan yang dikenali sebagai Parrot Fish atau ikan Bayan.
https://www.facebook.com/729062064112463/posts/962800850738582?d=n&sfns=mo
Menurut laman @Sabah Bah Ini, parrot fish merupakan ikan yang terpenting di ekosistem terumbu karang.
Tapi apa yang mengecewakan adalah bila penangkapan dan penjualan ikan ini secara berleluasa di pasar. Tambahnya, bilangan ikan ini semakin berkurangan dan ia merupakan perkara yang membimbangkan.
Ini antara sebab kenapa parrot fish ini penting kepada ekosistem terumbu karang.
Oleh kerana bentuk mulut ikan ini yang kelihatan seperti paruh burung, ia mempunyai kelebihannya tersendiri iaitu giginya itu dikhususkan untuk makan rumpai laut serta parasit yang tumbuh disekitar batu karang.
Tambahnya lagi, rumpai laut adalah antara penyebab utama kematian batu karang. Rumpai akan bersaing bersama zooxanthellae yang hidup di batu karang bagi mendapatkan cahaya matahari.
Oleh itu, jika rumpai laut tidak dimakan oleh parrot fish, maka batu karang akan mati.
Kematian batu karang akan merosakkan ekosistem karang dan lalu boleh mengakibatkan menjejaskan ekosistem laut itu sendiri.”
Ikan Bayan menghabiskan 90 peratus waktunya dengan memakan rumpai di permukaan coral. Hasil buangan (tahi) ikan ini dikeluarkan dalam bentuk pasir.
Pasir yang terbentuk itu mampu menghasilkan 100kg pasir setahun sepanjang hayatnya.
Bayangkan betapa banyaknya pasir akan diperolehi jika ikan ini tidak diganggu. Mungkin boleh membantu mengurangkan hakisan pasir.
Korang kalau ada yang suka makan ikan ni dah boleh kot pelan-pelan tukar ikan lain. Sama-sama kita jaga ekosistem.
Baca: [VIDEO] – Kejam! Haiwan Liar Dibuang Ke Laut Untuk Elak Pemeriksaan Polis Marin?