in

Rapid KL Tampil Jawab Isu Puluhan Tren Terbiar Dalam Video Viral

Tren Terbiar Viral Ulu Yam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa minggu lalu, tular di media sosial tentang puluhan gerabak tren LRT yang dipercayai pernah digunakan oleh Rapid KL di laluan Ampang dan Sri Petaling sebelum digantikan dengan tren yang baharu.


Mula mendapat perhatian ramai sejak dimuatnaik oleh seorang Youtuber, Heart Patrick, kawasan yang dipanggil ‘kubur tren’ dan menurut diskripsi di video berkenaan, kawasan terbiar tersebut ditemui selepas satu jam perjalanan merentasi ‘kebun sayur’ dan ‘kolam’ yang tenang.

Selang beberapa hari, muncul pula beberapa video di TikTok yang turut berkongsi tempat yang sama dan menurut konten tersebut, terdapat sekitar 73 gerabak tren dan kalau mengikut keadaan tren dan persekitaran, boleh dikatakan ianya sudah terbiar agak lama.

Selepas viralnya video-video berkenaan, pihak Rapid KL tampil membuat kenyataan menerusi satu posting di Facebook selain turut memuatnaik kenyataan yang sama di laman web mereka.

Menerusi penjelasan tersebut, pihak Prasarana mengesahkan bahawa tren-tren tersebut bukan lagi dimiliki oleh mereka dan ianya telahpun dijual kepada CSR-Zhuzhou pada tahun 2014 sebagai sebahagian daripada program pembelian balik untuk pembelian kereta ganti baru untuk laluan Ampang dan Sri Petaling. 

Selain itu, turut difahamkan bahawa pihak CSR-Zhuzhou kemudiannya telah melupuskan dan menjual gerabak kereta api itu pada 2016 kepada pihak ketiga yang difahamkan menyimpan tren-tren tersebut di tanah persendirian yang terletak di Ulu Yam. 

Tren Terbiar

Oleh sebab ianya bukan lagi milik Prasarana, jadi pihak mereka tidak boleh memberikan sebarang kenyataan tambahan berkenaan tren yang terbiar di Ulu Yam tersebut. Namun, tidak dinyatakan siapa pemilik sekarang.

Dalam masa yang sama, pihak Prasarana juga menasihati orang awam agar tidak ke kawasan tanah persendirian tersebut kerana ianya adalah perbuatan menceroboh

Baca : “Akan diuji Januari nanti” – ART Bakal Digunakan Sebagai Pengangkutan Awam Di Cyberjaya

Art Cyberjaya In 2022

Sumber: YouTube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.