in

Ramly Burger: Dengan Hanya Modal RM2k, Syarikat Ini Jana RM1 Bilion Setahun Pada Hari Ini

Cats 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa di sini pernah makan burger Ramly? Boleh dikatakan hampir semua rakyat Malaysia pernah makan jenama tempatan ini. Mana tidaknya, gerai burger kebiasaannya dibuka di hujung lorong rumah dan boleh didapati dengan hanya berjalan kaki ke sana. 



Disebabkan rakyat Malaysia sudah terbiasa dengan burger yang menggunakan daging jenama Ramly, ia seolah-olah sudah menjadi jenama rasmi buat peniaga burger jalanan.

Namun tahukah anda, kejayaan Ramly pada hari ini tidaklah semudah yang disangka. Semuanya bermula dengan keazaman seorang individu bernama Ramly bin Mokni.

Ramai risau status halal daging burger

Pengasas Ramly, Ramly bin Mokni berasal dari Tanjung Piandang, Perak. Beliau merupakan anak kelapan daripada 16 adik-beradik. Ramly dibesarkan dan menetap di Sekinchan, sebelum beliau berpindah ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja.

Pada tahun 1978, Ramly bekerja di sebuah pasar raya sebagai pemotong daging mentah. Pada ketika itu, timbul satu isu apabila sebilangan besar rakyat Malaysia risau akan tentang status halal daging burger yang dijual.

2 3

Pada ketika itu pula, rata-rata daging burger yang ada di pasaran diimport dari luar negara. Situasi ini menimbulkan kemusykilan kepada para pembeli tentang status halal daging.

Ramly dan isterinya, Shala Sian binti Abdul Manap sedar akan situasi yang melanda dan berasa ini adalah satu peluang perniagaan buat mereka. Mereka kemudian bercadang untuk mencipta daging burger jenama sendiri.

Permohonan bantuan kewangan ditolak

Tiada yang mudah pada ketika itu buat pasangan ini. Permohonan bantuan kewangan Ramly ditolak oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) kerana mereka berpendapat tidak ramai rakyat Malaysia yang makan burger pada ketika itu.

Oleh kerana tiada pilihan lain, Ramly akhirnya memulakan perniagaannya dengan menggunakan duit simpanan peribadi sebanyak RM2,000. Dengan jumlah tersebut, Ramly berjaya menghasilkan 200 daging burger pada setiap hari.

1 6

Kurang dapat sambutan

Pada awal fasa perniagaan, burger Ramly tidak mendapat sambutan yang menggalakkan memandangkan rakyat Malaysia masih belum biasa makan burger.

Ramly yang tidak cepat berputus asa, lalu membuka gerai burger di sekitar Chow Kit. Dia juga bereksperimen dengan perasa daging burger untuk menarik perhatian pelanggan.

Mula mendapat tempat di hati penduduk tempatan, Ramly berjaya menghasilkan 3,000 daging burger dalam sehari. Semenjak itu, perniagaannya berkembang sehinggalah apa yang anda dapat lihat pada hari ini. Pada tahun 1980, Ramly mendaftarkan syarikatnya.

Buka kilang

Pada tahun 1984, Ramly membina kilang berkeluasan 100,000 kaki persegi di Bandar Tun Razak untuk meningkatkan penghasilan daging burger kepada 10,000 dalam sehari. Semenjak itu, Ramly menghasilkan produk lain seperti nuget, bebola daging, sosej, daging cincang dan banyak lagi.

3 2

Pada tahun 2018 pula, Ramly membuka lagi satu kilang yang berjaya mengeluarkan 1 juta daging burger dalam sehari memandangkan permintaan terhadap produk ini semakin meningkat.

Difahamkan, Ramly berjaya menjana keuntungan sebanyak RM1 bilion sebelum pandemik melanda. Jenama ini juga berjaya membuka restoran makanan segera dan gerai runcit di seluruh negara.

Ramly Kiosks Kfb7

Kisah kejayaan Ramly ini boleh dijadikan sebagai inspirasi oleh rakyat Malaysia.

Sumber: IIUM News, Mashable

BACA: Kisah Rekaan Bekas McFlurry Yang Ditukar Selepas Banyak Landak Mati Kebuluran

Cover 6

Sumber: Vulcan
Sumber: Vulcan
Sumber: Vulcan
Sumber: Mashable

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.