Tandas merupakan tempat yang sangat penting dan sering dicari saat-saat ‘genting’ lebih-lebih lagi kalau tersangkut dalam kesesakan teruk ataupun sekiranya perjalanan yang ditempuh agak jauh dan secara tiba-tiba, muncul pula ‘panggilan kecemasan’.
Ketika datang waktunya, mesti pemanduan jadi tak keruan selain mata pastinya meliar untuk memerhatikan papan tanda tandas awam ataupun stesen minyak yang biasanya akan mempunyai kemudahan tandas untuk kegunaan pelanggan masing-masing.
Tetapi, bukan semua orang boleh melepaskan hajat di mana-mana tandas. Ada yang hanya boleh membuat ‘urusan’ di tandas yang terdapat di rumah sendiri. Namun, jika waktu kecemasan, pastinya kita mahukan tandas yang bersih, tidak berbau dan selesa.
Cerita pasal selesa ni, pastinya korang akan terpegun dengan perkongsian yang akan diceritakan berkenaan tandas awam ‘vvip’ yang terdapat di sebuah stesen minyak di Melor, Kelantan ini.
Menerusi perkongsian akaun TikTok @azmi_anisa tersebut, dia berkongsikan tentang sebuah tandas yang sangat berlainan daripada tandas awam yang ada di mana-mana stesen minyak di negara ini.
Difahamkan, tandas vvip tersebut dibuat untuk kegunaan orang awam oleh pemilik stesen minyak tersebut. Sekali pandang, ada yang menganggap ianya bukanlah tandas kerana ia kelihatan sangat mewah.
Menurut video tersebut, bahagian dalaman tandas tersebut juga serba lengkap dan apa yang membuat ramai terpegun adalah perhiasan yang digunakan untuk memberi keselesaan kepada orang awam.
Selain bersih dan mempunyai perhiasan-perhiasan lain, tandas tersebut juga dilengkapi dengan sebuah televisyen selain turut mempunyai alat pemanas air mandian dan juga pendingin hawa!
“Kalau tayang hindustan, mahu 3 jam orang duduk di dalam”
@azmi_anisa klu nk merasa tandas moden bleh dtg sini? #kelate #fypシ ♬ nhạc nền – Ken•Beat??
Rata-rata pengguna TikTok menyatakan kekaguman mereka dengan ‘kemewahan’ yang ada pada tandas difahamkan ada di stesen minyak Petron di Melor, Kelantan ini selain banyak komen positif dan pujian diberikan atas inisiatif untuk mencantikkan tandas ini.
Namun, mereka-mereka yang ada di kawasan tersebut berharap orang ramai tidak berpusu-pusu untuk kesana kerana khuatir ianya akan menyebabkan kesesakan selain ada yang risau sekiranya tandas ‘mewah’ tersebut turut dipasangkan kamera litar tertutup bagi tujuan yang tak munasabah.
Apa-apa pun, kalau korang berada di kawasan berdekatan, boleh lah nak cuba gunakan tandas vvip ni, cuma ingat pesanan pemilik supaya tidak berada terlalu lama di tandas untuk kemudahan bersama.
Baca : Tak Perlu Berhenti di Kawasan R & R, Pemilik Kereta Ini Bina Tandas Duduk Dalam Kenderaan