in

Ramai Terpegun Tengok Body Slim & Rambut Hitam Lebat Wanita Usia 71 Tahun Ini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi peminat fesyen pasti mereka sudah mengenali Vera Wang. Beliau merupakan pereka busana perkahwinan terkemuka di Amerika Syarikat, kebanyakan selebriti di sana sentiasa menggunakan khidmat wanita ini untuk menjadi designer baju mereka.


Menerusi Instagram Vera Wang, baru-baru ini beliau baru sahaja menyambut hari jadinya yang ke-71 tahun. Meskipun umur itu bertaraf nenek-nenek, tapi wanita ini kelihatan seperti 30-an. Wow!!!

Wanita berdarah Cina kelahiran New York itu telah membuktikan yang umur hanyalah sekadar number.

Miliki tubuh yang ramping dan rambut hitam lebat, Vera Wang merupakan ibu kepada dua orang anak yang berumur 30 dan 27 tahun.

Ramai netizen yang terpesona dengan kecantikan Vera Wang, siap ada yang tak percaya dengan umur wanita tersebut.

Disebabkan penampilannya yang mempersona, ramai yang mula menanyakan rahsia kecantikan wanita ini.

 

Rahsia Kekal Awet Muda

Menerusi Harper’s Bazaar, Vera telah mendedahkan tiga perkara yang perlu dijaga oleh seseorang individu jika mahu kekal cantik. Tiga perkara itu adalah senaman, pemakanan, dan mental.

1. Senaman

Vera menyatakan pada setiap pagi beliau akan melakukan senaman, antaranya mengangkat berat sekitar 1kg hingga 1.3 kg selama 5 minit.

Bukan itu sahaja, Vera telah jadikan senaman sebagai hobinya. Malah boleh lihat di Instagramnya yang masa lapang akan digunakan untuk berbasikal di kawasan perumahan.

Malah beliau berkata sepanjang pandemik COVID-19, beliau telah menghabiskan masa dengan senaman. Ini menjadikan tubuh wanita ini lebih anggun. Body goals gittew…

2. Pemakanan

Ini merupakan satu benda yang wajib diikuti oleh kita. Vera Wang ada menyatakan kunci utama untuk diet adalah makan pada tepat waktunya, jangan melangkau pemakanan.

Waktu lunch beliau akan akan ambil makanan yang penuh khasiat. Paling penting tidak menggunakan minyak masak.

Makanan saya sering berubah-ubah tapi saya suka makan sashimi dengan beras perang dan sayur-sayuran, Brokoli kukus dengan ayam dan nasi, atau salad artichoke” – Vera Wang

Selain itu, beliau hanya minum air masak selepas makan.

3. Mental

Vera merupakan seorang pereka fesyen yang boleh dikatakan sibuk, tetapi beliau sering mencari masa untuk dirinya sendiri. Difahamkan rutin selepas bersenam, Vera akan berendam dan buat sedikit skin care pada kulitnya dan rambut.

Ketika bekerja beliau hanya mengenakan pakaian yang santai, seperti T-shirt dan legging. Selain itu, jika stress beliau akan membaca koleksi buku dan majalah yang disimpan sebelum ini.

 

Baca: “Bukan batuk dan demam je” – 15 Simptom Covid-19 Korang Kena Ambil Tahu

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.