in

Ramai Tak Setuju Dengan Aksi Budak Lelaki Naik Basikal Guna Enjin Mesin Rumput, Risau Jadi Ikutan

Page Basikal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kebelakangan ni, banyak betul berita yang melibatkan dunia permotoran kat media sosial kan?


Lepas tular seorang ikon permotoran bagi talk di sebuah sekolah, banyak pula kes-kes melibatkan kemalangan mat rempit sampai buatkan ramai yang tak senang duduk bila baca semua perkongsian tu.

Belum reda dengan kes tu, baru-baru ni viral pula video budak lelaki menaiki basikal yang diubah suai menggunakan enjin mesin rumput untuk mendapat kelajuan maksima dan ianya dikongsikan dalam grup di Facebook.

Fb Full

Menurut mStar, selepas tiga kali percubaan, akhirnya adik ini berjaya menghidupkan ‘enjin’ basikalnya sebelum meluru laju ke kawasan jalan raya selepas memastikan tiada kenderaan yang lalu-lalang ketika itu.

“Kenapa aku yang berdebar tengok ni?”

Rakaman video yang berdurasi 18 saat itu dikongsikan di Facebook pada 18 Julai dengan kapsyen “Kreatif Dan Inovatif,,,, Basikal Pakai Mesin Rumput…” telah mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata tak setuju dengan tindakan budak lelaki itu mengubah suai basikalnya.

“Bahaya tu.. Dengan takde safety bahagian kepalanya lagi, laju pulak tu… Dia ingat tu motor ke apa?” – Komen netizen

Malah ada yang meluahkan kerisauan mereka sekiranya tindakan tersebut menjadi ikutan orang lain yang tak bertanggungjawab lagi-lagi budak yang masih di bawah umur sekiranya tak dicegah dengan awal.

Basikal Full

Ramai juga yang meminta supaya ibu bapa kepada budak lelaki itu untuk tidak menggalakkan lagi perbuatan tersebut kerana risau ianya akan mengundang kecederaan kepada anaknya selain dari mengelak dari perkara yang tak diingini daripada berlaku.

Min naik basikal pun berapa tahun lepas dah haa…

Baca: Ikon Permotoran, Haqiem Stopa Kena Saman Polis Trafik Sebab Tak Ada Lesen?

Untitled 3 6

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.