Hujung minggu lalu, kecoh di media sosial berikutan isu 9 orang remaja berbaju merah yang datang beraya di sebuah rumah namun didakwa bertindak dengan menyelongkar beg tetamu dan juga mencuri duit raya.
Difahamkan, mereka yang duduk di Brookland, Kuala Lumpur dihantar oleh ibu saudara mereka ke sekitar Bukit Changgang, Banting. Kemudiannya, kesemua remaja itu selesai beraya dan segera pulang dengan meninggalkan sampul duit raya yang kosong di dalam tandas tuan rumah.
https://twitter.com/MALAYSIAVIRALL/status/1526037887573426176?t=PrmQRulBGEGIhkfaPZqO-w&s=19
Disebabkan perkongsian yang dibuat oleh Norfatin Tahia selaku tuan rumah telah mendapat perhatian orang ramai, akhirnya kesembilan remaja tersebut datang ke rumahnya semula pada keesokan hari selepas kejadian tersebut.
“Diorang dah minta maaf…”
Norfatin yang turut memuat naik video sebagai update berkaitan dengan isu tersebut menjelaskan bahawa kesemua mereka datang bersama ibu dengan tujuan untuk memohon maaf selepas kes tersebut tular di Facebook.
Difahamkan video tersebut dirakam dengan tujuan untuk menjernihkan keadaan kerana kesemua remaja itu telah menerima kecaman yang teruk apatah lagi mereka sekeluarga merupakan ‘saudara baru’ ataupun mualaf.
https://www.facebook.com/norfatin.tahia/videos/341957058006052/
Tindakan Norfatin yang berbincang secara baik dengan wakil ahli keluarga 9 remaja tersebut telah mendapat pujian orang ramai kerana tidak terus menghentam tindakan mereka yang meninggalkan sampul duit raya kosong di tandas rumah.
Seramnya… Nasib baik lah dia jumpa jugak dengan family semua budak-budak tu untuk settle cara baik. Harapnya kes ni jadi pengajaran lah untuk kita semua okay?