in

“Anak syurga” – Sikap Positif Faizal Tahir Dipuji, Reda Anak Ke-7 Dilahirkan Dengan ‘Down Syndrome’

Page Faizal Baru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Peminat-peminat Faizal Tahir sudah semestinya sedia maklum bahawa dia telah membuat keputusan untuk berehat seketika dari dunia seni dan memberi sepenuh perhatian kepada keluarga tercinta.


Pada Disember 2021, Faizal Tahir telah selamat menimang cahaya mata ketujuh yang diberi nama Maryam Tahirah dan baru-baru ini dia juga telah memuatnaik satu video di Facebook serta Instagramnya, @faizal_tahir yang menceritakan perjalanan sepanjang isterinya mengandungkan anak perempuan keempatnya itu.

Sepanjang video berdurasi 4 minit 29 saat itu, Faizal Tahir mendedahkan bahawa Maryam yang dilahirkan dengan ‘down syndrome’ telah berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan dan komplikasi sejak berada dalam kandungan lagi.

“Mula-mula ada masalah jantung, kemudiannya disahkan ada tetralogy of fallot (TOF) yang mana campuran darah dengan oksigen tak cantik. Lepastu ada double bubble dalam perut dia” – Kongsi Faizal

Ujarnya lagi, sewaktu dirinya bersama isteri dimaklumkan tentang masalah kesihatan bayinya, mereka berdua telah pun bersedia dari segi fizikal, mental dan juga kewangan selain memberikan perhatian yang lebih kepada Maryam.

 “Saya yang perlukan anak saya”

Penyanyi lagu Ragaman ini turut mendedahkan bahawa dia reda dan menerima dengan hati yang terbuka kerana mengganggap ianya sebagai satu anugerah yang diberikan oleh Allah SWT. Malah, dia tidak sedikitpun berasa down atau kecewa.

One

‘”Kehadiran anak saya ni untuk jadikan saya manusia yang lebih baik dan bersyukur… Saya boleh improve diri saya sebagai seorang hamba Allah” – Tambah Faizal

“U did well bro”

Perkongsian menyentuh hati dari Faizal ini telah mendapat kata-kata semangat oleh rakan-rakan selebriti selain ramai juga netizen yang mendoakan agar dia terus tabah dalam membesarkan anak istimewanya itu.

Komen Artis

Bukan itu saja, rata-rata juga menyifatkan bahawa sikap positif Faizal seharusnya diberi pujian kerana ketenangannya dalam menyampaikan berita itu dapat dirasai oleh penonton yang menonton video tersebut.

Komen Netizen

Semoga menjadi anak yang solehah ya Maryam! Untuk Faizal sekeluarga, tahniah sekali lagi diucapkan… Berair je mata min sepanjang tengok video ni… Sebak!

Baca: “Lemah lembut je dia cakap” – Cara Faizal Tahir ‘Handle’ Anak-Anak Tarik Perhatian Ramai

Untitled 3 10

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.