Beberapa hari lepas, peminat industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita pemergian pelakon terkenal iaitu Ridzuan Hashim.
Apa yang membuatkan ramai netizen sebak adalah apabila anak perempuannya yang dikenali sebagai Diyana telah berkongsi gambar kenangannya bersama bapanya itu menerusi IG Story.
Perkongsian itu kemudiannya telah menarik perhatian warganet yang turut sama sebak melihat kasih sayang Diyana terhadap bapanya.
https://www.facebook.com/sitisuryani.yaakop/posts/pfbid033gzEghr1G6cuTq6pED6MJfet5uBesrCuc3nb5JNFz4w7YnDnav9QJ8Lc1ZVXeABMl
Dalam perkongsian itu, Diyana telah ‘throwback’ atau berkongsi semula gambar-gambar dia dan adik beradiknya bersama ayah beberapa tahun dulu.
Menurut Diyana, ayahnya itu suka melayan kerenah dan mengusik anak-anaknya.
Dapat dilihat menerusi Instagram Ridzuan Hashim sendiri bahawa arwah suka berkongsi gambar anak-anak di laman sosial beserta kapsyen yang ‘sweet’.
Diyana juga turut berkongsikan tangkap layar perbualannya bersama arwah Ridzuan dan dia sering memesan makanan menerusi perkhidmatan penghantaran kepada ayahnya.
Apa yang membuat ramai netizen lagi tersentuh hati adalah apabila arwah juga sering mengucapkan ‘I love you’ kepada anak-anaknya apabila mengakhiri perbualan di WhatsApp.
Rata-rata netizen yang telah kehilangan ayah juga turut bersedih dengan pemergian aktor yang popular dengan watak King dalam filem KL Gangster.
Sumber: Instagram @diyanardzn & Facebook Siti Suryani Yaakop
Baca: Bimbang Tak Dapat ‘Job’ Lakonan, Anak Dedah Ridzuan Hashim Sudah 3 Tahun Derita Sakit Jantung