in

Bimbang Tak Dapat ‘Job’ Lakonan, Anak Dedah Ridzuan Hashim Sudah 3 Tahun Derita Sakit Jantung

Ft Anak Ridzuan Hashim Dedah 3 Tahun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, industri seni tanah air telah dikejutkan dengan berita pemergian pelakon Mohd Ridzuan Hashim, 62, dipercayai akibat serangan jantung.


Allahyarham dikatakan rebah ketika sedang bersarapan di rumahnya di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur sekitar jam 11 pagi sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menurut sumber, anak lelaki tunggal Ridzuan iaitu, Muhammad Dhanial mendedahkan bapanya itu sudah tiga tahun menderita penyakit jantung namun, dia enggan menghebahkan mengenai penyakitnya kerana bimbang kehilangan tawaran lakonan.

Screenshot 2 3

“Sebenarnya sudah tiga tahun ayah menderita penyakit jantung tetapi dia tidak mahu bercerita mengenainya kepada umum.”

“Dia bimbang kalau orang tahu mengenai penyakitnya, pihak produksi tidak mahu memberinya tawaran lakonan, jadi ayah pilih untuk merahsiakannya,” katanya.

Jenazah Allayarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 16 Dusun Tua, Hulu Langat selepas solat Maghrib pada malam Khamis.

Screenshot 10

Dhanial memberitahu sejak ayahnya disahkan menghidap penyakit berkenaan dia telah mengambil keputusan untuk berpindah ke rumah bapanya itu bagi menjaganya.

Walaupun sudah cuba lakukan yang terbaik, Dhanial berkata sebagai seorang anak dia masih berasa tidak cukup baik dalam menjalankan tanggungjawab menjaga ayahnya sepanjang tempoh dia sakit.

Dalam pada itu, Dhanial turut memberitahu, teguran dan bebelan Ridzuan adalah perkara yang akan dirindui selepas ini, termasuk nasihatnya yang meminta Dhanial untuk menjaga pemakanan memandangkan sejarah keluarganya yang mempunyai masalah jantung.

Anak Ridzuan

“Saya pasti akan rindukan bebelannya. Dia selalu pesan jaga makan sebab keturunan kami memang ada masalah jantung,” ujarnya.

Terdahulu, Allahyarham pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Didie Alias pada tahun 1991 namun, mereka bercerai pada 2002. Selepas bercerai, Ridzuan tidak pernah berkahwin lain dan lebih selesa hidup menduda.

Sumber : Kosmo!,  mStar

Baca : “Di mana kan ku cari ganti” – Pemergian Anak Seni Sepanjang Tahun 2022 Yang Meruntun Jiwa

Selebriti Meninggal Dunia 2022 1 728X383 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.