in

Ramai Puji Fazz Ahmad Tolak Tawaran Jadi Duta Minuman Keras, Tapi Ada Yang Kata ‘Fake’?

Cats 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masihkah anda ingat dengan Fazz Ahmad? Individu ini menggelarkan dirinya sebagai ‘Young Rapper’ dan pernah popular dengan lagu rekaannya sendiri, Basikal Lajak.


Pernah popular dan menjadi bualan hangat warganet pada suatu ketika dahulu, Fazz Ahmad kini kembali tular semula di media sosial apabila dia mendedahkan satu tangkap layar perbualan bersama seorang individu.

Menurut Fazz Ahmad, dia ada menerima satu tawaran untuk menjadi duta produk yang tidak didedahkan jenamanya. Berdasarkan perbualan itu, tawaran yang diberikan oleh syarikat itu bernilai RM8,000.

Individu itu akhirnya mendedahkan bahawa tawaran yang diberikan sebenarnya ialah sebagai duta minuman keras. Pendedahan ini mengejutkan penyanyi muda ini. Jelas Fazz Ahmad, dia ialah seorang muslim dan tidak boleh menerima tawaran ini.

“Ouhh sory ye. I can’t to accept it, sebab saya Islam dan Muslim. Sory bye2”, ujar Fazz Ahmad.

1 5

Reka perbualan sendiri?

Ciapan Fazz Ahmad ini tular di laman Twitter dan menerima pujian warganet yang berbangga dengan pendirian tegas penyanyi muda ini.

Namun begitu, ada beberapa individu yang beranggapan perbualan ini direka sendiri oleh Fazz Ahmad jika dilihat daripada cara mesej itu ditaip yang kelihatan seperti ditulis oleh individu sama.

“Sekali tengok pun tahu…”

A 4

“Nak chat dengan diri sendiri boleh, tapi…”

B 3

“Haters will say it’s fake”

C 4

Malah, ada juga yang berpendapat syarikat minuman keras tidak akan sewenang-wenangnya mengambil orang Muslim sebagai duta mereka. Apa pendapat anda?

Tiada siapa tahu perbualan ini direka ataupun tulen. Misteri…

 

BACA: Tuah Pekerja Burger King Dapat ‘Tips’ RM123,000 Dari Rapper Terkenal, 50 Cent!

Capture 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.