in

Ramai Mengeluh Tiket Ke Sarawak Terlalu Mahal, AirAsia Turunkan Harga Dari RM1,000 ke RM200

Collage 59

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, ramai netizen di media sosial telah meluahkan kekecewaan mereka dengan harga tiket untuk pulang ke Sarawak bagi menyambut Krimas terlalu mahal.

Malah, ada yang menunjukkan perbandingan tiket untuk pergi ke United Kingdom dan Dubai lebih murah harganya dari tiket ke Sarawak yang terletak di dalam Malaysia.


Ekoran ini, syarikat penerbangan AirAsia telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat, sebagai penerbangan kos rendah, mereka memerlukan jumlah inventori yang tinggi bagi membolehkan mereka untuk tawarkan harga tiket rendah kepada penumpang.

Operasi kami adalah berlandaskan kecekapan ekonomi (economies of scale) iaitu dengan mendapatkan jumlah penumpang yang tinggi dan seterusnya membahagikan penjimatan kos kepada mereka. Ini membolehkan penumpang menikmati tambang rendah dan banyak penjimatan.

Harga purata untuk tambang penerbangan AirAsia antara Sarawak dan Semenanjung sebelum ini hanya sekitar RM160 sehala setiap penumpang. Harga purata ini mengambil kira harga tertinggi dan terendah termasuk semasa kami menawarkan jualan promosi tambang percuma.

Turunkan harga dari RM1,000 ke RM200

03Riad Asmat.transformed E1638152097535

Tambah AirAsia lagi, selepas berbincang dengan Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencara Negeri Sarawak (SDMC), mereka telah pun bersetuju untuk membuat penambahan sebanyak 42 penerbangan mingguan dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak untuk tempoh terhad iaitu dari 11 Disember 2021 sehingga 5 Januari 2022.

Ini telah secara langsung menurunkan harga tiket Kuala Lumpur-Kuching dari sekitar RM1,000 sebelumnya kepada kurang RM200 sehala dan ianya sudah pun hampir habis terjual sebaik jualan dibuka.

Selain itu, AirAsia turut berterima kasih kepada SDMC dan MOTS atau kelulusan bagi menambah penerbangan baru untuk musim cuti perayaan dan Krismas serta turut meminta agar penerbangan tambahan untuk Tahun Baru Cina juga diluluskan.

Seterusnya menghapuskan sepenuhnya sekatan atas kekerapan bagi penerbangan yang telah diluluskan. Ini akan membolehkan kami menguruskan kos dengan lebih baik dan cekap dan seterusnya menurunkan tambang untuk manfaat semua penumpang.

 

Baca: “Feeling macam nak naik flight” – Kru Kabin AirAsia Jadi Sukarelawan Di PPV KLCC, Ramai Terubat Rindu Nak Travel

Screenshot 2021 11 29 At 12.26.24 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.