in

“Ramai hukum kami” – [VIDEO] Jawapan Habib Umar Tentang Geng ‘Pelangi’ Buat Ramai Tersentuh

Habib Umar Jawapan Lgbt

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu mengenai golongan LGBT kembali hangat diperkatakan di media sosial, bermula dengan kehadiran band terkenal Coldplay ke Malaysia, kemudian timbul pula berita mengenai rampasan koleksi jam jenama Swatch yang dikaitkan dengan simbol golongan ini.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang wakil golongan transgender atau LGBT tampil bertanya soalan kepada tokoh ulama besar dunia Islam, Al Alamah Habib Umar bin Muhammad bin Salim Ben Hafidz mengenai pendapat beliau tentang golongan ini.


Difahamkan, ia merupakan majlis agama di Grand Barakah Hotel, Ampang, Selangor yang berlangsung pada Khamis (25 Mei).

https://www.tiktok.com/@kandazakiyy/video/7237137282686373122

“Saya nak tanya Habib, kebanyakan orang telah pun meletakkan hukuman terhadap golongan seperti kami adalah di neraka.

“Jadi saya nak tanya Habib, apa pendapat Habib terhadap golongan-golongan transgender atau LGBT di dunia ini, kerana kami sendiri masih mencari jalan ke Allah (keinsafan),” soalnya.

Menerusi video tersebut, Habib Umar menjawab pertanyaan itu dalam bahasa Arab yang kemudiannya diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh pendakwah terkenal, Habib Ali Zaenal Abidin.

Beri analogi kisah ketua perompak

Menurut Habib Umar, dosa terbahagi kepada dua iaitu dosa kecil dan dosa besar yang mana dosa kecil diampunkan oleh Allah SWT dengan melakukan kebaikan manakala dosa besar pula hanya boleh dihapuskan dengan cara bertaubat.

Beliau berkongsi pula tentang kisah seorang ketua perompak yang tidak meminum kopi kerana sedang berpuasa dengan alasan tidak mahu memutuskan hubungan dengan Allah.

Satu hari, ketua perompak melakukan ibadah haji dan membuatkan orang-orang yang menjadi mangsanya terkejut melihatnya sudah bertaubat.

Apabila ditanya, bekas ketua perompak itu menjawab ini merupakan kesan ibadahnya dulu yang tidak pernah terputus dilakukan sehingga dia mendapat petunjuk daripada Allah SWT untuk berubah.

Berterusan jaga hubungan dengan Allah

Jelas beliau, kita hendaklah sentiasa menjaga hubungan dengan Allah SWT secara berterusan dan tidak terputus agar mendapat rahmat dan petunjuk-Nya.

Tambahnya, tiada sesiapa yang mempunyai hak untuk menghukum orang lain ke syurga atau neraka kerana yang menjadi penentu adalah penghujung hidup seseorang itu sama ada baik atau sebaliknya.

Apa yang disampaikan oleh Habib Umar adalah sentiasa cuba menjaga hubungan dengan Allah, jangan pernah putus melakukan ibadah dan sentiasa bertaubat untuk mendapat rahmat-Nya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata begitu tersentuh dan kagum dengan cara penyampaian Habib Umar.

Screenshot 2023 05 26 143711

Perkongsian video tersebut telah meraih sehingga 1.2 juta tontonan dalam tempoh kurang 24 jam dimuat naik di laman TikTok.

Baca: Isu Wanita Cari Bakal Suami Tak ‘Homophobic’, Dr Zul Beri Penjelasan Dari Sudut Agama
Dr Zul Al Bakri Lgbt

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.