in

Ramadan Berinspirasikan Sajian Kampung di 10Binjai

collage 11

Sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan, Perdana Kuala Lumpur  City Centre menjemput para tetamu menikmati juadah berbuka puasa yang bermakna  bersama insan tersayang melalui bufet Ramadan bertemakan “Iftar dengan Cita Rasa Tradisi”,  yang akan berlangsung dari 20 Februari hingga 18 Mac 2026 di 10Binjai. 

Selain menjadi pengalaman yang bermakna untuk keluarga dan rakan-rakan, Ramadan ini  turut menawarkan peluang kepada pelawat antarabangsa untuk merasai sendiri tradisi  budaya dan kulinari Malaysia, selari dengan kempen Visit Malaysia 2026, serta menikmati  kekayaan hidangan autentik tempatan. 

IMG 1647 scaled

Bufet tahun ini menyajikan rangkaian hidangan tradisional Malaysia yang menyelerakan,  direka untuk membangkitkan nostalgia citarasa masakan dari rumah.

Tarikan utama ialah  Kambing Golek Bakar, dipanggang perlahan sehingga lembut dan berjus, disajikan bersama  pelbagai sos istimewa. Hidangan klasik lain termasuk Ayam Bakar Percik Utara dan Gulai  Daging Kawah Nangka Muda, dilengkapi dengan aneka sup yang menyelerakan seperti sup  gearbox, tulang, urat, dan isi ayam. Para tetamu juga boleh menikmati Shawarma Arab yang dipotong segar dengan tekstur berasap dan lembut, serta sate ayam dan daging yang  dipanggang sempurna, rangup di luar dan lembut di dalam, lengkap dengan pencicah  tradisional.

IMG 1468 scaled

Pengalaman berbuka puasa turut diperkaya dengan stesen masakan secara  langsung yang interaktif, serta pilihan pencuci mulut seperti Puding Roti Mentega Panas  dengan Sos Kastard dan pelbagai pastri, diiringi minuman menyegarkan. Keseluruhan  hidangan ini menjanjikan pengalaman iftar yang istimewa dan tidak dapat dilupakan untuk  keluarga, sahabat, dan insan tersayang. 

“Fokus kami adalah untuk mengembalikan citarasa masakan tradisi sambil menyediakan  suasana yang selesa untuk tetamu berkumpul dan beramah mesra,” kata Encik Zakaria Ismail,  Pengurus Besar, Perdana Kuala Lumpur City Centre. 

Terletak di Aras 1, 10Binjai menawarkan ruang makan yang moden dan santai, sesuai untuk  berbuka puasa bersama keluarga, berkumpul dengan rakan-rakan serta majlis korporat. Para  tetamu boleh menikmati baucar pembelian awal pada harga RM99 seorang (dewasa) sehingga 

15 Februari 2026. Harga biasa adalah RM129 seorang, manakala RM59 seorang untuk warga  emas dan kanak-kanak. 

Untuk Tempahan: 

  • 10Binjai 
  • Baucar Pembelian Awal: RM99 | Harga Biasa: RM129 
  • Hubungi: 03–7490 3333