in

Rakyat Malaysia Yang Terkandas di Hatyai Diminta Hubungi Konsulat Jeneral Untuk Bantuan

rakyat malaysia terkandas banjir di hatyai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pagi tadi kecoh di media sosial tentang kejadian banjir yang berlaku di Hatyai, Thailand iaitu lokasi pelancongan kegemaran rakyat Malaysia.

Difahamkan, gara-gara paras air banjir yang menaik di Hatyai sehingga menjejaskan pergerakan, ramai rakyat Malaysia yang kini berada di Hatyai untuk melancong telah terkandas di hotel penginapan masing-masing.


Terkini, Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla meminta warga Malaysia yang terperangkap di Hatyai akibat banjir untuk menghubungi pihak mereka bagi mendapatkan bantuan, lapor Free Malaysia Today.

@beritaalhijrah114

Hujan lebat di Hat Yai, Thailand, sejak semalam mengakibatkan lokasi pelancongan tersebut ditenggelami air. Beberapa rakyat Malaysia berkongsi video mereka terkandas di sempadan Thailand-Malaysia dan juga di hotel, menunjukkan air banjir mula menenggelami kedai-kedai di Hat Yai.

♬ original sound – Berita AlHijrah – Berita AlHijrah

Artikel Berkaitan: Hatyai Banjir, Rakyat Malaysia Dinasihati Tidak Melancong Ke Hatyai Buat Masa Ini

Artikel Berkaitan: “Floating market tenggelam dah” – Hatyai Dikatakan Banjir, Netizen Beri Peringatan Bagi Yang Nak Bercuti Di Sana

Dalam masa yang sama, pihak konsulat Malaysia di Songkhla juga meminta rakyat Malaysia di Hatyai yang terjejas akibat banjir di situ untuk bergerak ke lokasi yang lebih tinggi atau kekal berada di hotel masing-masing sementara menunggu bantuan tiba oleh pihak Thailand.

Difahamkan, Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia sedang bekerjasama dengan pihak kerajaan Thailand untuk membantu rakyat Malaysia yang terkandas banjir di bandar Hatyai.

Cuaca di bandar itu dijangka akan kembali pulih bermula esok iaitu Ahad atau Isnin dan banjir akan mulai surut.

Sumber: Free Malaysia Today

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.