in

Rakyat Malaysia Bakal Terima Bantuan SARA RM100 Buat Kali Kedua Menjelang Februari 2026

ft sara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seluruh rakyat Malaysia bakal menerima bantuan SARA bernilai RM 100 buat kali kedua. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Belanjawan Madani 2026 hari ini berkata, agihan akan disalur bermula Februari 2026.

“Sukacita saya umumkan, Kerajaan sekali lagi akan memberi RM 100 SARA kepada 22 juta rakyat Malaysia 18 tahun ke atas. Ini akan disalur pada pertengahan Februari yang boleh dimanfaat untuk persiapan Ramadan dan sambutan Tahun Baru Cina.”


Artikel berkaitan :  Bantuan SARA : Kerajaan Tidak Kompromi Terhadap Peniaga Yang Naikkan Harga Barang

Artikel berkaitan : Pengiktirafan Berganda untuk Malaysia! Lenggong & Sarawak Delta Kini Berstatus UNESCO Global Geopark

IMG 3004

Sebelum ini, Perdana Menteri mengumumkan seramai 9 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) turut menerima SARA sehingga 100 ringgit setiap bulan atau RM 1,200 setahun.

Manakala, 1 juta penerima STR di bawah e-Kasih menerima SARA sehingga RM 200 sebulan atau RM 2,400 setahun. Kategori bujang pula menerima RM 600 iaitu RM 50 sebulan melalui SARA.

Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.