in

“Rakyat dah keluar makan mall, kerja, raya tak de pun naik” – Netizen Naik Bengang Rakyat Asyik Dipersalahkan Sebab Kes Naik

Rakyat5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umumnya, kes harian Covid-19 ini baru-baru ini dah menunjukkan peningkatan drastik, Sabah dan Kedah mencatatkan angka tertinggi buat masa ini.


Ia menjadi lebih teruk apabila tersebarnya foto-foto menteri dan ahli-ahli politik yang lain menjalankan kempen sempena PRN di Sabah.

Lebih teruk lagi disaat negeri itu sedang getir dengan kes naik mendadak, ada beberapa ahli politik yang tidak mematuhi SOP dan sudah semestinya ia mendatangkan kemarahan rakyat.

 

Rakyat dah keluar makan kat mall, pergi shopping, kerja, raya bercuti. Tapi tak ada kes naik mendadak sebab rakyat ikut SOP. Menteri…..

Sebagai rakyat, wanita yang lebih dikenali sebagai Ika ini menempelak tindakan orang-orang atasan ini di Twitter sehingga meraih hampir 50K jumlah retweets dalam masa 3 hari ia dimuat nnaik.

Katanya, sejak PKPP bermula, rakyat dah bebas keluar dan melakukan aktiviti harian biasa dengan cara ‘norma baru’ dan patuh dengan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Tetap, menteri yang berkempen seminggu dua, kes terus naik mencanak!

Rakyat

Baginya, ramai menteri tak ikut SOP, ini kerana kes naik begitu ketara  sebelum dan selepas PRN. Apa yang membuatkan wanita ini makin berang apabila semua benda nak salahkan rakyat.

Baran betul rasa semua nak salahkan rakyat je…Tak sedar ke rakyat dah habis sengsara kena buang kerja kena potong gaji ada yang nak bunuh diri”

Tweet tu dimuat naik hasil daripada ciapan KKM yang menasihati rakyat supaya elakkan daripada berkumpul ramai dan jika tak dapat dielakkan kena patuh SOP.

Walaubagaimanapun, katanya tweet ini bukanlah ditujukan KKM mahupun Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, tetapi ia ditujukan kepada menteri yang baginya menjadi punca.

 

Sendiri buat SOP, sendiri tak ikut – Netizen

Luahan kemarahan yang tular di Twitter ini mendapat sokongan netizen yang turut merasakan perkara yang sama.

Rakyat2 Rakyat3 Rakyat4

Apa pun, kita sebagai rakyat kita patuh je lah SOP, yang lain tu biarkan je la dia. Cuma doa-doakanlah mereka yang terkesan tu segera dapat dibantu.

 

Baca : Raja Ini Buat Rakyat Marah Bila Dia Beli Kereta Mewah Untuk 15 Isteri Masa Ekonomi Tengah Gawat

Raja

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.