in

“Rajin keje rajin belajar” – [VIDEO] Rider FoodPanda Tetap Gigih Ikut Kelas Online Walaupun Tengah Kerja

Fi Kls 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memang tak dapat kita nafi, sejak berlaku pandemik ni ramai pihak mengalami kesusahan. Ditambah pula dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), banyak sektor tak dapat beroperasi dan ramai kehilangan pekerjaan mereka.



Tak cukup dengan itu, pelajar-pelajar perlu menjalani kelas secara atas talian tapi ramai juga yang mengambil kesempatan untuk membuat kerja sambilan seperti kisah ini.

 

Rider hantar makanan.. tetap hadir kelas online

Baru-baru ini telah viral di media sosial apabila tindakan seorang remaja ini memang patut dijadikan contoh.

Kisah ini dikongsikan melalui akaun TikTok @Haziqpanda, di mana dia ada berkongsikan pengalamannya sebagai seorang pelajar yang perlu mengikuti kelas online walaupun sedang bekerja.

Kls 1 1

Ceritanya Haziq bekerja sebagai rider FoodPanda mempunyai kelas yang perlu dihadiri walaupun ketika itu dalam tempoh dia bekerja.

Dalam sebuah video yang dimuat naik, terlihat Haziq sempat membuat tugasan yang disediakan bagi subjeknya ketika itu.

Namun apa yang menarik perhatian ramai, dia dilihat melutut atas tanah membuat tugasan tersebut dan menulis atas bangku kayu di tepi jalan. Memang mantap ah!

Perkara ini ternyata menjadi bualan ramai dan sehingga kini video tersebut telah meraih lebih dari 300k views.

@anak_ronaldo

😂

♬ Beggin’ – Måneskin

 

“terbaikkklahh dikkk”

Menjengah ke ruangan komen, ternyata tindakan Haziq ini mendapat pujian oleh netizen. Paling menarik apabila ramai yang turut mendoakan supaya segala urusan pemuda ini dipermudahkan.

Reak Kls 1 Edit 1

Reak Kls 2 Edit 1

Reak Kls 3 Edit 1

Reak Kls 4 Edit 1

Respect!

 

Baca : “Student senang faham” – [VIDEO] Kreatif! Ayah Gigih Ajar Kelas Online, Siap Conteng Atas Lantai Buat ‘Kira-Kira

Foot Kls 1

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.