in

Raih RM15,000 Sebulan Buat ‘Live’, Azlee Senario Bayar Duit Kereta & Rumah Dengan ‘Gift’ TikTok

Azlee Senario Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang pengguna tegar aplikasi TikTok, pasti tahu di platform ini juga boleh menjana pendapatan dengan sangat lumayan.


Itulah apa yang dialami oleh pelakon dan pelawak otai, Azlee Senario yang mampu meraih sehingga RM15,000 sebulan dengan membuat live di TikTok.

Memetik sumber Astro Gempak, Azlee atau nama sebenarnya, Azlee Jaafar, 55 tahun, tidak menyangka platform TikTok sedikit sebanyak telah membantu dirinya meraih pendapatan sampingan menerusi sesi live.

Artikel berkaitan: “Kesian warung Azlee” – [VIDEO] Geng Senario Support Perniagaan Mazlan, Netizen Imbau Movie ‘Lagi-lagi Senario’

Artikel berkaitan: “Kelakar tapi berisi” – 5 Lagu ‘Legend’ Senario Ni Sebenarnya Ada Kritikan & Nasihat

236545315 1499846653750584 8967658451722748872 N 1146X1536 1

Katanya, ia bermula ketika dia menjadi juri untuk sebuah program TV dan seorang sahabatnya yang mencadangkan kepada dia untuk membuat live di TikTok.

“Sahabat saya itu ciptakan akaun dan saya tak sangka platform itu boleh jana pendapatan. Saya terkejut sebab orang boleh beri gift sebanyak itu.

“Ada satu hari, saya buat live selama lima minit dan telah meraih RM8,500″ katanya.

Susulan itu, Azlee menyarankan agar selebriti senior untuk memanfaatkan platform tersebut untuk meraih pendapatan sampingan sebagai satu persediaan andai tidak mempunyai tawaran pekerjaan di masa hadapan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

“TikTok ini boleh menjadi platform untuk meraih pendapatan sampingan terutamanya buat artis-artis lama.

“Kita lihat sahaja Datuk Red, dia pernah susah sampai terduduk tapi disebabkan dia buang rasa malu dan gunakan platform yang betul, masyarakat jadi sayang pada dia.

“Kita bukan minta sedekah tapi orang yang memberi. Itu hadiah daripada orang ramai,” ulasnya.

Tambahnya, dia tidak membuat live sepanjang masa. Dalam satu hari, Azlee mensasarkan RM500 dan jika dapat lebih ia dianggap sebagai bonus.

“Dalam sebulan saya boleh dapat RM15,000. Saya akan keluarkan setiap hujung bulan. Saya anggap ia pendapatan bulanan saya.

“Alhamdulillah, setakat ini, duit kereta dan rumah, TikTok yang bayar,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Azlee meluahkan rasa terharu apabila ramai peminat yang masih sayang dan menghargai jasanya menghiburkan mereka.

Sumber: Astro Gempak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.