in

Raih Like Di FB Untuk Hadiah Bukan Satu Perjudian, Mufti Perjelas Kenapa Hukumnya Harus

Mufti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Salah satu kaedah untuk mendapatkan engagement tinggi buat laman-laman rasmi di FB ini adalah dengan memberikan Giveaway kepada pengikutnya. Namun, teknik yang biasa digunakan oleh para peniaga ini juga mungkin ada yang menyifatkan ia seperti satu perjudian.


Disebabkan itu, Harian Metro ada kongsikan penjelasan daripada Irsyad Fatwa, Mufti Wilayah Persekutuan Dr Luqman Abdullah terhadap isu ini.

 

Tiada melibatkan sebarang perjudian

Facebook Like

Perlu diperhalusi beberapa perkara namun secara ringkasnya hukum mencari Like dengan bilangan tertentu di FB bagi mendapatkan upah atau hadiah adalah diharuskan dan bukan pertaruhan dalam erti kata judi.

Menerusi kenyataan daripada laman rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, jika tawarannya dalam bentuk upah, maka hukumnya berdasarkan kontrak ju’alah. Manakala jika tawarannya dalam bentuk hadiah, maka kembali kepada hukum janji memberi hadiah.

Secara ringkas, konsep Like di FB adalah suatu tindakan seseorang untuk menghargai nilai yang ada pada suatu hantaran dengan menyukainya.

Tindakan itu juga boleh digunakan sebagai salah satu bentuk sokongan terhadap kandungan hantaran terbabit.

Perjudian adalah haram dalam Islam kerana ia mengingkari konsep ijab dan kabul atau tawaran dan penerimaan dalam hukum hakam berjual beli.

Apabila pihak pembeli menawarkan harga untuk suatu barang atau manfaat, dia tidak tahu sama ada penjual menerima tawaran itu dengan memberi barang yang diminta.

Merujuk kitab al-Fiqh al-Manhaji (6/36) yang menyebut seperti berikut:

“Jual beli yang mengandungi unsur perjudian merangkumi jual beli yang tidak menyatakan barangan yang dijual secara jelas atau wujud perbuatan yang menafikan kehendak salah satu pihak.”

Antara dalil pengharamannya ialah firman Allah SWT bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.” (Surah al-Ma’idah, ayat 90)”

Jadi, mereka berpendapat bahawa jawapan ini tidak akan lengkap melainkan disebut juga hukum ju’alah atau memberi upah atau suatu pekerjaan.

Menurut kitab al-Fiqh al-Manhaji:

“Menurut Syara’ ju’alah atau sagu hati ialah mewajibkan gantian yang diketahui untuk kerja tertentu, sama ada diketahui atau tidak diketahui oleh orang yang dikenali atau tidak dikenali.”

Dalil terhadap pensyariatan konsep ini ialah firman Allah bermaksud:

“Orang-orang menteri menjawab: “Kami kehilangan cupak raja. Dan sesiapa yang memulangkannya akan diberi (benda-benda makanan) sebanyak muatan seekor unta dan akulah yang menjamin pemberian itu.” (Surah Yusuf, ayat 72)

Berdasarkan fakta dan kenyataan di atas, mereka merumuskan bahawa hukum mencari Like dengan bilangan tertentu di FB bagi mendapatkan upah atau hadiah adalah diharuskan.

Perbuatan terbabit bukan pertaruhan dalam erti kata judi. Jika tawarannya dalam bentuk upah, maka hukumnya adalah berdasarkan kontrak ju’alah.

Manakala jika tawarannya dalam bentuk hadiah, maka kembali kepada hukum janji memberi hadiah.

 

Baca : “Main suka-suka je” – HARAM! PU Salman Jelaskan Hukum Main Filter Ubah Wajah Jantina Lain

Faceapp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.