in

Puteri Mako: Puteri Jepun Yang Tolak Keistimewaan Diraja & Harta Demi Kahwini Kekasih Berstatus Rakyat Biasa

Puteri Mako Kahwin Rakyat Jelata

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak ramai yang mengetahui, rupa-rupanya negeri matahari terbit iaitu Jepun mempunyai kerabat diraja. Malah kerabat diraja mereka juga sebenarnya antara monarki tertua di dunia.

Kerabat diraja Jepun bukanlah kerabat yang suka menunjuk-nunjuk malah boleh dikatakan kehidupan mereka ini jauh dari limelight dan agak low profile.


Photo L

Pun begitu, baru-baru ini, kerabat diraja Jepun menjadi tumpuan dunia apabila anak saudara kepada Maharaja Jepun, Puteri Mako, 30, bakal melangsungkan perkahwinan dengan kekasih hatinya.

 

Kahwini kekasih rakyat biasa, Puteri Mako sanggup lepas keistimewaan? 

Menurut laporan BBC, selepas bertahun-tahun terpalit dengan pelbagai kontroversi mengenai hubungannya dengan kekasih, Kei Komuro, seorang rakyat biasa, beliau telah berkahwin hari ini.

Perkahwinan Puteri Mako yang juga anak kepada Putera Mahkota Jepun, Putera Akishino dikatakan diadakan tanpa majlis besar-besaran.

178146

Beliau juga telah mengabaikan adat tradisional dan tidak akan mengambil pembayaran lazim yang diberikan kepada kerabat diraja wanita yang berkahwin dengan orang biasa.

Mengikut peraturan pewarisan imperialis Jepun, perkahwinannya dengan Kei ini juga bermakna segala gelarannya akan terlucut selepas mereka menjadi suami isteri. Maknanya Mako jadi rakyat biasa je lah lepas ini….

500

 

Disamakan seperti ‘Meghan & Harry’ versi Jepun 

Selepas melangsungkan pernikahan, Mako dan Kei katanya sudah merancang untuk tinggal di New York, Amerika Syarikat.

Kisah mereka ini juga disamakan dengan pasangan diraja England, Putera Harry dan Meghan Markle yang akhirnya memilih untuk keluar daripada keluarga diraja tersebut selepas pelbagai perselihan berlaku.

Kisah Mako dan Kei bermula apabila puteri ini melanjutkan pelajaran dalam bidang seni dan kebudayaan di International Christian University, Tokyo di mana dia pertama kali bertemu dengan Kei.

Putri Mako Dari Jepang Dan Tunangannya Kei Kumoro 169

Dia kemudian menuntut di University of Edinburgh selama setahun sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat masters di University of Leicester.

Selepas tamat belajar, Mako kemudian bertunang dengan Kei pada 2017 dan kelihatan sangat bahagia pada waktu itu.

Menurut Kei, Mako bagaikan ‘bulan’ baginya dan Mako pula menganggap Kei bak ‘matahari’.

Princess Mako E1630563382159

Namun berbagai dugaan yang perlu mereka hadapi apabila media melaporkan bahawa keluarga Kei sebenarnya menghadapi masalah kewangan.

Disebabkan masalah ini juga Mako dilaporkan mengalami tekanan mental yang agak teruk sehingga terpaksa menunda pernikahan mereka.

 

Bakal mulakan hidup baru di NY 

Pada tahun 2018, Kei akhirnya berpindah ke New York dan melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang yang mana perkara ini dianggap sebagai salah satu cara untuk mengalihkan pandangan public dari mereka.

K10013170211 2107301421 2107301426 01 02

Pada September lepas barulah Kei pulang ke Jepun namun dengan imej berambut ponytail yang mana sekali lagi mendapat perhatian ramai yang tidak suka dengan gaya bakal pengantin itu.

Setakat ini, tidak diketahui sama ada Mako yang akan berpindah ke NY bersama suaminya itu akan bekerja atau tidak. Manakala Kei pula katanya akan bertugas sebagai peguam di sebuah firma terkenal selepas berkahwin.

2877E59A 331E 11Ec 8Bc1 F82F86Ab0Ffa Image Hires 191038
Puteri mako selepas berkahwin

Perkahwinan Mako ini juga mencipta sejarah tersendiri apabila dia menjadi wanita pertama yang tidak melangsungkan perkahwinan mengikut tradisi selepas perang dunia kedua di Jepun.

Adinda Puteri Mako, Putera Hisahito, 14, kini berada di kedudukan kedua untuk mewarisi takhta dan satu-satunya pewaris generasinya di bawah undang-undang diraja Jepun yang mana mengikutnya ‘Hanya lelaki dengan salasilah keturunan maharaja’ saja yang layak mewarisi takhta tersebut.

Rumit juga yang peraturan diraja mereka. Harap Puteri Mako bahagia dengan pilihan hatinya. 

Baca: Miliki Harta Bernilai RM174.10 Bilion, Raja Thailand Kerabat Paling Kaya Di Dunia

Thailand 2

Sumber: Kyodo
Sumber: Nippon
Sumber: Kyodo
Sumber: Blog
Sumber: SCMP

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.