in

PU Azman Diperintah Bela Diri Atas 2 Pertuduhan Kes Amang Seksual Budak 17 Tahun

pu azman diarah bela diri kes amang seksual

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pendakwah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman atau nama penuhnya, Azman Syah Alias, 42, hari ini diperintahkan membela diri oleh Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan amang seksual terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun.

Menurut laporan, Hakim Syafeera Mohd Said memutuskan demikian selepas pihak pendakwaaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap dua pertuduhan tersebut di akhir kes pendakwaan.


Artikel berkaitan: PU Azman Perjelas Masih Aktif Berceramah Biarpun Terpalit Kes Amang Seksual

Artikel berkaitan: “Ingat nak memfitnah ni senang ke?” – Individu Dedah Keluarga Mangsa PU Azman Terpaksa Tarik Laporan Sebab…

Hakim dalam hujahannya berkata dia telah memberikan tiga pilihan kepada PU Azman bagi peringkat prosiding pembelaan nanti dengan tarikh sebutan semula ditetapkan pada 12 Januari 2024.

Orang Kena Tuduh (Azman) diberi tiga pilihan sama ada memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi, atau memberikan keterangan tidak bersumpah dari kandang tertuduh ataupun berdiam diri.

“Jika kamu memberikan keterangan bersumpah dari kandang saksi kamu perlu bersedia disoal oleh pendakwa raya.

“Jika kamu memberikan keterangan tidak bersumpah dari kandang tertuduh maka keterangan tersebut tidak cukup kuat kerana tidak boleh dicabar oleh pendakwa dan tidak menyoal balas kamu. Selain itu (pilihan ketiga adalah) kamu berdiam diri,” katanya.

Pun begitu, peguam PU Azman, Mohamad Zahid Ahmad kemudian memaklumkan bahawa pendakwah tersebut memilih keterangan secara bersumpah.

WhatsApp Image 2023 12 26 at 10.08.54 AM e1703556948518

Katanya, buat masa ini hanya OKT (orang kena tuduh) sahaja akan dipanggil sebagai saksi pembelaan. Sekiranya ada perkembangan, ia akan dimaklumkan kepada mahkamah.

Pendakwaan tersebut dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur’ Ayuni Jamri.

Menurut fakta kes, PU Azman yang juga terkenal dengan nama panggilan Cik Man turut menghadapi 9 lagi pertuduhan iaitu 5 pertuduhan di Mahkamah Sesyen Seremban, 2 di Mahkamah Shah Alam dan masing-masing satu kes di Mahkamah Majistret Klang dan Mahkamah Sesyen Ampang.

Sumber: Kosmo

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.