in

PS4 & TV 42 Inci Lesap, Pemilik Airbnb Dedah Barangan Rumah Dicuri Penyewa

Cats 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Buat mereka yang mahu melancong atau ke sesuatu tempat, kebiasaannya mereka akan menyewa hotel atau perkhidmatan lain seperti Airbnb. Buat anda yang belum tahu, Airbnb adalah sebuah aplikasi yang menawarkan perkhidmatan menyewa rumah.


Baru-baru ini, seorang pemilik unit Airbnb ada berkongsikan satu hantaran berkenaan barangan rumahnya yang dicuri oleh penyewa lepas. Hantaran yang mendapat hampir 4,000 perkongsian ini dikongsikan oleh Joe Eu di Facebook Airbnb & Homestay Host Malaysia.

Qqq

Menurut perkongsian yang dimuat naik, penyewa tersebut mula menetap pada 10 Januari dan keluar pada keesokan harinya, 11 Januari. Pemilik rumah terkejut apabila rumahnya persis dilanda gempa bumi kerana terlalu berselerak dan kotor.

Lebih memilukan, dia mendapati banyak barangan elektronik dan perkakas rumah yang hilang, dipercayai dicuri oleh penyewa lalu.

Hasil pemeriksaan kamera litar tertutup mendapati penyewa ada membawa masuk 5 lelaki dan seorang wanita pada pukul 3 pagi 10 Januari.

136475337 10159269400868648 7357194069877116021 N

Berikut adalah antara senarai barangan elektronik dan perkakas rumah yang dilaporkan hilang:

– TV LED 42 inci jenama Philip
– SonyPlaystation 4
– Penghawa dingin Midea
– Wayar pengecas Apple
– 2 bantal
– Kerusi meja makan
– Cermin dinding
– Lampu meja
– Pembesar suara JBL Go

1 11

3 7

“Saya amat memerlukan pertolongan anda untuk mencari suspek-suspek yg menyewa rumah saya dengan tujuan merosakkan dan mencuri harta benda saya”

Dalam satu perkongsian lain daripada pemilik rumah, dia ada memuat naik beberapa gambar suspek yang diambil daripada rakaman kamera litar tertutup.

Dia turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek agar tampil berkongsi. Ganjaran menetap secara percuma selama 5 hari di Airbnb Shah Alam akan diberikan kepada pemberi maklumat.

Bagaimanapun, laporan polis telah dibuat di balai polis Sri Muda, Shah Alam.

4 5

BACAMemalukan! ‘Host’ Airbnb Dari UK Beri Komen Tentang Gelagat Tetamu Dari Malaysia

Xxxxxx

Sumber: Joe Eu
Sumber: Joe Eu
Sumber: Joe Eu
Sumber: Joe Eu
Sumber: Joe Eu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.