Minggu ini sahaja kita boleh lihat banyak bendera daripada pelbagai parti politik sudah dipasang dan terkibar di sepanjang jalan di seluruh negara. Mana taknya, kita hampir dengan tarikh pilihan raya iaitu pada 19 November ini dan setiap parti politik bersungguh-sungguh berkempen demi menawan hati pengundi.
Namun, dalam semangat untuk berkempen juga seharusnya menitikberatkan keselamatan semua pihak lebih-lebih lagi ia dipasang di kawasan awam seperti tepi jalan raya dan dinding bangunan.
Netizen berang parti politik terlalu ghairah pasang bendera tanpa fikir keselamatan pengguna jalan raya
Seperti baru-baru ini, ramai netizen di media sosial meluahkan rasa berang apabila jentera parti politik dengan ghairahnya bertindak memasang bendera di jalan tanpa memikirkan keselamatan orang ramai.
Menurut BH, tinjauan di beberapa lokasi telah dibuat dan terdapat pelbagai bendera parti politik telah dipasang di sepanjang jalan raya di antara pencawang elektrik dengan ketinggian kurang daripada tiga meter.
Perkara tersebut sebenarnya mampu menjejaskan penglihatan pengguna selain berdepan kesukaran melalui jalan berkenaan kerana bimbang bendera itu menyeret ke jalan sehingga mengundang kejadian tidak diingini.
Menurut seorang penduduk, Nurul Hidayah Abdul Halim yang terkesan dengan kejadian tersebut mengatakan dia menyambut baik minggu kempen yang diadakan itu namun seharusnya meletakkan batas dan had terutamanya ia melibatkan keselamatan para pengguna.
“Tetapi tolonglah jangan terlalu ghairah sehingga tidak pandang nyawa orang lain langsung. Pasang bendera itu tidak salah tetapi tengok sama keadaan tempat yang ingin dipasang yang ada kalanya pemanduan saya terjejas sebab bendera dipasang di tempat yang tidak sepatutnya.”
“Macam pasang bendera dekat jalan raya, bila angin kencang dan hujan menyebabkan ketinggian bendera yang dipasang semakin ke bawah dan ia boleh mengundang bahaya kepada pemandu terutamanya penunggang motosikal.”
“Kenderaan berat seperti lori juga nak lalu pun jadi takut sebab mereka tak tahu lepas atau tidak. Memang saya lihat bendera dipasang dengan tali biasa dan kalau putus pun takkan jadi apa tapi kadang-kadang risau ia mengancam nyawa orang lain.”
Meninjau di laman Twitter, ada juga beberapa netizen yang meluahkan rasa kecewa dengan berkongsi beberapa gambar yang dilihat bendera sebuah parti politik telah jatuh ke atas jalan.
Nak kempen PRU takde masalah, tapi berfikir la sikit pasal keselamatan pengguna jalan raya lain, pasang poster btl2 kat simpang keluar masuk rapat2, rendah dgn bendera semua, pastu yg jatuh melintang tengah jalan, kalau berbelit pada motosikal kan bahaya. Dpn rumah PM plak tu. pic.twitter.com/3tq24w7W35
— Jabatan Netizen Negara (@mbohlah266) November 11, 2022
Mintak kepada semua parti2 & calon2 yg bertanding supaya bendera/banner/poster/bahan kempen tak halang pandangan pengguna jalan raya. #PRU15 Bahaya kepada pengguna jalan raya. Dekat simpang jangan letak la, menambah blind spot sedia ada. Boleh berdentum nanti
— Aizat (@AizatZulkarnain) November 8, 2022
Mencegah lebih baik daripada merawat…Betul tak?
Baca: PRU15 : Sungai Buloh Jadi Saksi ‘Drama’ Politik Antara Zahid Hamidi Dengan KJ?