in

Program Vaksin Untuk Remaja 16-17 Tahun Bermula Hari Ini, Sarawak Negeri Pertama

Pemberian Vaksin Remaja Malaysia Ft Image

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pemberian suntikan vaksin kepada remaja berumur 16 dan 17 tahun secara rasminya akan bermula hari ini di Sarawak menurut pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin selepas ianya diluluskan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).


Difahamkan pemberian vaksin tersebut juga akan diberikan kepada mereka yang berumur 12 hingga 15 tahun yang dianggap berisiko tinggi terhadap Covid-19, selain golongan remaja ini akan diberikan suntikan vaksin jenis Pfizer.

Menerusi ciapan di Twitter, Khairy turut menjelaskan bahawa pemberian vaksin kepada remaja di Lembah Klang dan Labuan akan menyusul.

Difahamkan juga, ketika ini suntikan vaksin hanya diberikan kepada mereka yang berumur 18 tahun kerana ujian klinikal hanya dilakukan kepada orang dewasa.

Khairy Jamaluddin Vaksinasi Remaja

Walaubagaimanapun, program vaksinasi ini kini diperluaskan dan diberikan kepada mereka yang berumur 12 tahun kerana tujuan utama kementerian kesihatan sekarang ini adalah untuk memberikan sebanyak mungkin suntikan vaksin sebagai persediaan merawat Covid-19 sebagai endemik.

Dalam masa yang sama, Khairy juga difahamkan telah meletakkan pemberian vaksinasi kepada remaja ini sebagai salah satu objektif 100 hari yang perlu dicapai oleh kementerian seperti yang ditetapkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yakob selepas menerima portfolio jabatan berkenaan.

Di samping itu, status pemberian vaksin Covid-19 di Malaysia menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dengan hampir separuh populasi negara telah mendapat suntikan vaksinasi penuh.

Baca : SOP Rentas Negeri Dalam Peringkat Akhir Sebelum Dikemukakan Kepada MKN – Khairy Jamaluddin

Kj Vaksinasi Ft Image

Sumber: Malay Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.