in

Program Pemberian Vaksin Fasa Empat Bermula 16 Jun, Fokus Kepada Kawasan Industri

Fi Kj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi, kerajaan memutuskan untuk mengaktif Fasa 4 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) terhadap kawalan wabak di kawasan-kawasan industri.


Perkara ini dimulai dengan pemberian vaksin kira-kira sebanyak 30,000 dos vaksin, kepada pekerja industri yang beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Kj 1

Menurut Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin, hal ini merupakan keputusan yang telah dibincangkan bersama Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) menurut Berita Harian.

Khairy turut berkata, satu Pusat Pemberian Vaksin (PPV) akan dibuka hasil kerjasama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri manakala pelalian akan dilakukan bermula pada 16 Jun ini. Ia akan dibuka di beberapa sektor yang perlu terus beroperasi sepanjang PKP 3.0.

“Selepas itu PPV industri akan dibuka kepada sektor lain iaitu pembinaan, peladangan, peruncitan dan hospitaliti.

“Ia akan digerakkan secara berperingkat-peringkat bagi memastikan setiap sektor yang beroperasi akan dapat dilindungi daripada wabak,” katanya pada sidang media Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) hari ini.

Tambah Khairy juga, perkara ini dapat disegerakan selepas peningkatan kes harian serta kluster membabitkan tempat kerja.

Justeru, katanya, kawalan wabak ini dilaksanakan dalam sektor kritikal yang menjadi asas tulang belakang kepada pembangunan ekonomi negara.

“Tindakan ini penting untuk kita mengimbangkan hidup dan kehidupan. Jika kita lihat data kes harian COVID-19, semalam sebanyak 11 kluster baharu dikesan di tempat kerja daripada sejumlah 15 kluster baharu keseluruhan, yang membabitkan bilangan kes positif baharu hampir 200 kes,” katanya.

 

Baca : Malaysia Bakal Terima Baki 37 Juta Dos Vaksin Menjelang September – KJ 

Foot Kj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.