in

Premis Haram Sg Buloh: Empat Penguat Kuasa MBSA & Penjual Rokok Seludup Warga Aceh Direman Seminggu

premis sg buloh 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menurut Harian Metro, empat penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) serta lelaki warga Aceh yang menjual rokok seludup ditahan semalam direman selama seminggu sehingga 18 Ogos.

Perintah reman itu dibenarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim selepas dipohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya jam 9.20 pagi tadi. Empat penguat kuasa berusia 41 hingga 45 tahun itu tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya pada 8.40 pagi tadi dengan memakai baju lokap SPRM dan digari.


premis1 1

Kes perniagaan haram dan tanpa lesen yang berleluasa di sekitar Bandar Baru Sg Buloh didakwa berpunca daripada penguat kuasa yang menerima wang sogokan setiap bulan. Mereka dikatakan mengawasi kawasan tersebut dan dipercayai dibayar dari RM300 hingga RM3,500 bagi setiap kedai yang beroperasi tanpa lesen.

Menurut laporan, pembayaran rasuah itu dipercayai bergantung kepada saiz premis dan jenis perniagaan yang dijalankan. Antara premis yang didakwa membayar wang sogokan itu adalah kedai makan, penjualan rokok dan gerai-gerai yang beroperasi di tempat yang tidak dibenarkan serta premis perjudian.

premis3

premis5

Tiga daripada penguat kuasa yang ditahan itu dilaporkan bertugas di MBSA cawangan Sg Buloh dan seorang lagi dari MBSA Shah Alam. Peniaga rokok seludup keturunan Aceh itu pula dilaporkan tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan.

Baca: Premis Haram Sg Buloh: 3 Penguatkuasa MBSA Ditahan SPRM, Didakwa Terima Rasuah Hingga RM3,500 Secara Bulanan

premis sg buloh

Sumber: Bernama
Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.