in

Pramugari British Airways Kini Dibenarkan Berhijab, Boleh Pakai Jumpsuit & Tunik

Pramugari British Airways

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap syarikat penerbangan memiliki uniform yang mencirikan pramugari. Uniform ini menambahkan rasa bangga ketika pramugari mengenakannya lebih-lebih lagi ketika berjalan di tengah lapangan terbang melewati ribuan penumpang.


Buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun, syarikat penerbangan British Airways telah memperkenalkan uniform baharu dengan gaya lebih sopan untuk pramugari mereka.

Lebih menariknya, syarikat itu menyifatkan uniform tersebut sebagai ‘airline first’ dan turut menyediakan seragam pilihan tunik dan tudung buat kru kabin wanita yang berhijab.

Dalam pengenalan uniform baharu itu, kru lelaki mempunyai pilihan memakai sut manakala wanita boleh memakai gaun, skirt atau seluar selain daripada jumpsuit.

Ia merupakan hasil projek selama lima tahun oleh pereka fesyen Britain, Ozwald Boateng dan telah ditangguhkan selama dua tahun akibat wabak pandemik yang melanda dunia.

“Pakaian seragam kami mewakili ikonik jenama kami, yang akan membawa kami ke masa hadapan, mewakili yang terbaik dari Britain dan membantu kami menyampaikan perkhidmatan British yang hebat untuk pelanggan kami,” kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif British Airways, Sean Doyle.

Tambahnya, sejak awal penghasilan pakaian seragam itu adalah mengenai jati diri negara.

Bukan itu saja, rekaan uniform baharu ini juga dikatakan hampir 90 peratus adalah campuran fabrik yang diperbuat daripada poliester kitar semula.

Jadinya, kesemua pekerja diperlukan untuk memulangkan semula uniform lama kepada pihak atasan untuk tujuan mengitar semula atau didermakan kepada orang ramai.

Tahniah British Airways! Agaknya bila pula giliran Malaysia nak tukar uniform baharu?

Baca: “Taknak tanggung dosa”- Bekas Pramugari Tak Tergamak Sedekah Baju Seksi, Sanggup Tanam Tepi Rumah

Ft Wanita0Dah Bertudung Tanam Baju Seksi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.