in

Pengerusi Cawangan MIC Kantoi Ajak Pelajar Lakukan Seks Dengan Janji Akan Tawarkan Pekerjaan

Mic F

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ahli politik seharusnya mempunyai sikap telus, dipercayai dan profesional kerana dengan kuasa yang dimiliki, mudah untuk mereka menyalahgunakannya. Begitulah yang berlaku di dalam kes terbaru ini.


Seorang pemimpin cawangan Malaysian Indian Congress (MIC) telah melepaskan jawatannya selepas rakaman perbualan telefonnya tersebar, lapor Malaysiakini.

Mic
gambar hiasan

Perbualan telefon itu merakamkan ahli politik berusia 56 tahun tersebut berjanji untuk mendapatkan pekerjaan kepada seorang pelajar dengan syarat remaja berkenaan harus menyerahkan tubuhnya!

Lebih teruk lagi, lelaki yang juga merupakan guru di sebuah sekolah Tamil itu membuat janji tersebut kepada ibu gadis berkenaan. Klip audio itu kemudian mula tersebar melalui aplikaisi Whatsapp dan dikongsi oleh orang ramai.

Whatsapp Audio
gambar hiasan

Melalui klip berdurasi 8 minit 49 saat itu, ahli politik tersebut dengan angkuh memberitahu bahawa sudah ramai gadis yang baru selesai menduduki peperiksaan SPM dibantu olehnya untuk mendapatkan pekerjaan selepas mengadakan hubungan seks.

Melalui rakaman itu, dia didengari berkata,

Beritahu saya masa dan di mana, dan berapa lama sesi itu. Jika dia tidak berminat, sila beritahu saya, saya akan gugurkan tawaran ini, kerana terdapat banyak gadis lain menunggu.”

Bukan itu sahaja, lelaki tersebut turut memberitahu bahawa hubungan seks itu hanya akan dilakukan sekali sahaja dan selepas gadis berkenaan sudah mendapat pekerjaan, mereka akan lagak seperti saling tidak mengenali.

Seks
gambar hiasan

Malah, dia turut menyebut beberapa nama individu yang dikatakan boleh membantu mendapatkan kerja untuk gadis-gadis yang tidur dengannya.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini,” kata ahli politik tersebut.

Sementara itu, bendahari MIC, S Vell Paari berkata, ahli politik berkenaan telah meletakkan semua jawatan dalam sebuah parti politik dan satu laporan polis dibuat di Balai Polis Sentul, Kuala Lumpur.

Dia mengaku mengadakan seks dengan empat gadis muda yang menduduki peperiksaan SPM. Memang terbukti bahawa dia merupakan pemangsa seksual yang menjadikan gadis bawah umur sebagai sasaran untuk memuaskan nafsunya.”

Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan juga berkata bahawa jika lelaki tersebut terbukti bersalah, jawatannya sebagai guru akan dilucutkan.

Teruknya perangai. Boleh pula cakap dengan mak pelajar, yakinkan untuk buat seks dengan dia!

Baca: Pelajar Kolej Dicabul Ahli Politik dan Ditawarkan Wang Tunai Untuk Luangkan Masa Bersamanya

Cabul0

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.