in

Potret Najib Diturunkan di Ekspo Antarabangsa Kerana Memalukan Malaysia

Najib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika dulu Malaysia menjadi sebutan kerana destinasi pelancongan yang menarik, pemandangan yang cantik, kepelbagaian budaya dan agama serta makanan yang sedap tetapi kini Malaysia menjadi sebutan dan lebih dikenali dengan kemelut 1MDB yang tiada kesudahan. Malunya!

Apa yang lebih memalukan lagi, Perdana Menteri kita sendiri didakwa terlibat dalam kemelut itu. Perkara ini adalah sesuatu yang sangat memalukan serta mencemarkan imej negara, setuju? Well, mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin bersetuju dengan kenyatan tersebut.


Najib1
sumber: the mole

Baru-baru ini, Muhyiddin mendedahkan bahawa potret Najib Razak diturunkan kerana dianggap memalukan Malaysia. Muhyiddin mengeluarkan kenyataan ini di dalam sebuah video yang dimuat naik oleh Malaysiakini.

Najib2
sumber: malay mail online

Menurut Muhyiddin, beliau mendapat jemputan ke majlis pembukaan Malaysia Pavilion di Milan World Expo tahun lalu. Potret Najib Razak diletakkan di dinding pavilion tersebut kerana beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia.

Najib3
sumber: blog | vincent loy
Najib4
sumber: the star

Bagaimanapun, pegawai bertugas ketika itu memberitahu Muhyiddin bahawa pelawat yang datang dari seluruh dunia berhenti ketika melihat potret Najib sewaktu lawatan di sekitar galeri tersebut. Mereka kelihatan sangat teruja melihat potret Najib itu.

[sociallocker id=1666]

“‘Eh, saya kenal lelaki di dalam potret itu,’ mereka akan berkata sebegitu.”

“Dato Seri Najib Razak dikatakan pencuri besar yang telah mencuri wang negara,” kata Muhyiddin.

Menurut Muhyiddin lagi, pegawai yang bertugas di pavilion itu juga turut merasa malu dengan perkara tersebut.

“Setiap kali seseorang ternampak potret itu, mereka akan menyebut tentang hal tersebut kerana seluruh dunia mengingati muka Najib,” kata Muhyiddin. Kita semua tahu lah pasal isu apa kan…

Isu

“Dia (pegawai bertugas) terpaksa menurunkan potret tersebut untuk mengelakkan daripada pelawat memberikan komen-komen negatif tentang Malaysia hanya kerana Perdana Menteri kita memalukan dengan cara sebegitu,” kata Muhyiddin lagi.

[/sociallocker]

Korang jangan turunkan potret Najib Razak bila jumpa dekat Malaysia ni pulak. Nanti kena penjara… Eh?

Diterbitkan dengan kebenaran sumber – World of Buzz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.