in

“Poster tarikh penting PRU DUN Sabah itu palsu” – SPR

ft pru sabah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah mengeluarkan satu kenyataan menafikan maklumat palsu yang tersebar mengenai tarikh-tarikh penting bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-17 yang kini tular di media sosial.

SPR menegaskan bahawa poster yang menyiarkan tarikh-tarikh tersebut adalah palsu dan tidak benar sama sekali dan menjelaskan bahawa sehingga kini, tiada sebarang pengumuman rasmi telah dibuat mengenai pembubaran DUN Sabah mahupun penetapan tarikh-tarikh penting untuk PRU tersebut.


Dalam pada itu, suruhanjaya berkenaan menegaskan orang ramai supaya mendapatkan maklumat sahih dan tepat tentang pilihan raya, termasuk tarikh-tarikh penting seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, dan hari mengundi, hanya akan dikeluarkan melalui saluran rasmi SPR seperti portal rasmi SPR, sidang media, dan kenyataan media.

Screenshot 2025 09 11 111253

SPR juga mengingatkan orang ramai bahawa perbuatan menyebarkan maklumat palsu seumpama ini adalah tidak bertanggungjawab dan boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Artikel berkaitan : “Saya rela mati dalam gelanggang politik” – Datuk Seri Shafie Apdal Pertahan Keputusan Bubar DUN Sabah Hingga Cetus Gelombang COVID 19

Artikel berkaitan : #6NegeriMemilih: Ini 5 Perkara Korang Kena Tahu Tentang PRN 

Tindakan undang-undang boleh diambil terhadap individu yang didapati menyebar, berkongsi, atau menerbitkan maklumat palsu di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta undang-undang lain yang berkaitan.

Justeru, orang ramai diseru untuk sentiasa berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan maklumat yang tidak sahih.

Sumber : SPR

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.