Tidak dinafikan bahawa kemenangan besar yang diraih oleh Pakatan Harapan (PH) telah membuatkan ramai yang gembira, lebih-lebih lagi apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya berjaya menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas 2 dekad perjuangannya.
Malah ramai yang memanjatkan kesyukuran atas kemenangan yang diraih PH khusunya pemimpin mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Umum ke-15 baru-baru ini, malah ada yang mengadakan majlis kesyukuran sempena kemenangannya itu.
Majlis doa kesyukuran PM10
Antara yang menjadi tumpuan di media sosial, tentunya doa kesyukuran yang bakal diadakan pada 4 Disember ini di Perkarangan Kuarters 17RK1, Presint 17, Putrajaya jam 1.30 petang. Ia dianjurkan oleh Dr Noraishah Mydin Abd Aziz, calon PH di Putrajaya. Bagaimanapun, poster tersebut telah dikritik oleh netizen selepas mereka melihat rekaan poster tersebut.
Menjengah ke ruangan komen ramai netizen yang mempertikaikannya malah ada yang secara sukarela menawar diri untuk mengubah rekaan tersebut.
Cuba korang baca komen-komen kat bawah ni.
Disebabkan banyak terima kritikan, Dr Noraishah kemudiannya tampil dengan poster rekaan terbaru, walau bagaimanapun netizen masih rasa belum puas hati lagi dengan poster tersebut, namun begitu ada yang memuji bahawa ianya lebih baik berbanding yang sebelumnya.
“Oleh sebab ramai tetumpu pada pada reka bentuk poster yang berkualiti, ini adalah poster terbaru yang dibekalkan kepada saya.”
“Semoga kita dapat berjumpa dengan penyokong Pakatan Harapan di Putrajaya.”
Due to massive traffic on the quality design of the poster, this is the latest poster supplied to me 💪💪💪
Hope to see all lovely Putrajayans supporter of Pakatan Harapan there#HARAPAN pic.twitter.com/FKM5mxVqYT— Dr Noraishah Mydin Abd Aziz (@AbdMydin) December 2, 2022
Rasanya, tidak perlulah fokus kepada designnya apa yang penting adalah sokongan untuk menghadiri bacaan doa selamat itu. Janganlah mengecam sangat yer~
Baca : Anwar Ibrahim Mungkin Namakan Zahid Hamidi Sebagai Salah Seorang TPM – Sumber Parti