in

“Post kat Twitter lagi penting” – Ramai Tak Setuju Lelaki Kongsi Gambar Penumpang MRT Letak Beg Kat ‘Seat’

Page Mrt

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengangkutan awam boleh dikatakan sangat membantu untuk orang ramai bergerak ke destinasi yang diorang nak pergi. Tambah pula kalau yang pergi kerja pun naik public transport, memang dapat elak dari kesesakan jalan raya dan selamat tiba ke pejabat tepat pada waktu.


Tapi, sejak kebelakangan ni banyak isu berkaitan dengan pengangkutan awam sampaikan orang ramai semakin peka dengan setiap insiden yang terjadi. Macam baru-baru ni, tular pula gambar dua gadis makan maggi cup dalam tren MRT.

Terbaru, kecoh di Twitter apabila seorang pengguna memuat naik gambar seorang penumpang MRT yang letakkan beg di seat tren dengan kapsyen yang bertanyakan tentang cara terbaik untuk memastikan lelaki itu tidak mengambil tempat duduk orang lain.

Tweet Full

“Ada je cara nak undang kecaman orang”

Perkongsian itu telah mendapat pelbagai reaksi warganet yang lain kerana rata-rata mengatakan yang isu tersebut boleh selesai sekiranya dia beranikan diri dengan bertanya dulu untuk duduk di seat tersebut.

“Asked him to move his bag??? It’s not that hard, nape buat renyah???” – Tulis netizen di Twitter

Ada yang kata lelaki ni sengaja upload kat Twitter sama-sama nak clout, betul ke?

Mrt Full

Tak kurang juga yang mengatakan bahawa lelaki ini tak sepatutnya bertindak melulu dengan memuat naik gambar penumpang tersebut siap mention sekali pihak MRT semata-mata untuk dapatkan ‘tips’ dari mereka.

Kalau korang, korang rasa apa patut buat masa tu?

Baca: “Daripada Bagi Tambang Percuma, Baik ‘Fix’Masalah Pengangkutan Awam” – Netizen

Untitled 3 7

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.