in

Polis Tidak Endah Laporan Wanita Diraba, Hanya Ambil Tindakan Selepas Kes Tular di Media Sosial

Page2 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Polis Tidak Endah Laporan Wanita Diraba, Hanya Ambil Tindakan Selepas Kes Tular di Media Sosial
Loading
/

Kes gangguan seksual sememangnya banyak berlaku di negara kita. Bukan sahaja di Malaysia, negara sebarang juga tidak terlepas daripada kes-kes seperti ini. Baru-baru ini, tular satu kisah seorang wanita yang sedang berjalan di tepi jalan raya tiba-tiba diraba oleh seorang penunggang motosikal di Indonesia.


Menurut Coconut, kebanyakan mangsa gangguan seksual tidak melaporkan kejadian yang berlaku kepada pihak polis. Ini adalah kerana mereka menganggap perkara tersebut memalukan selain kekurangan bahan bukti atau saksi yang menyaksikan kejadian berkenaan.

P2
sumber: blog

Pelaku kegiatan tersebut juga jarang sekali dijatuhkan hukuman kerana kekurangan bukti kejadian seperti rakaman kamera litar tertutup yang boleh mengesahkan hal tersebut. Pun begitu, seorang wanita menceritakan bahawa dia tidak menerima layanan yang sepatutnya sewaktu membuat laporan polis walaupun sudah mempunyai bukti kukuh. 

Wanita dikenali sebagai Amanda itu menceritakan kejadian di mana badannya tiba-tiba diraba seorang lelaki yang disangka mahu bertanyakan arah. Jeritannya tidak didengari sesiapa, Amanda bertindak mencari rakaman kamera litar tertutup di tempat kejadian dan berjaya mendapatkan rakaman video daripada rumah berdekatan.

P3
sumber: instagram

Datang bersama rakaman video tersebut di balai polis Depok, Amanda menunjukkan rakaman tersebut kepada pihak polis. Tidak menerima bantuan yang sewajarnya, Amanda disuruh berulang alik ke jabatan yang berbeza beberapa kali.

“Mula-mula mereka hantar saya ke Pusat Perkhidmatan Polis. Kemudian mereka beri borang untuk diisi. Bila saya beritahu apa yang berlaku, mereka kata saya perlu pergi ke Unit Jenayah pula,” kata Amanda.

Setibanya di unit yang disebutkan, Amanda menceritakan sekali lagi perkara yang sama tetapi dimaklumkan bahawa dia berada di jabatan yang salah. Amanda yang datang ke balai bersama rakan-rakannya terpaksa menunggu lebih dari satu jam sebelum pegawai bertugas muncul.

P1
sumber: instagram

Tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku, Amanda merasakan bahawa laporannya tidak akan diproses. Oleh sebab itu, wanita tersebut bertindak menularkan rakaman video berkenaan di laman sosial. Setelah kes tersebut menjadi tular di internet, pihak polis Depok tiba-tiba datang mencari Amanda untuk membawanya ke balai dan membuat laporan. Baru nak tolong!

Amanda memaklumkan bahawa dia telah ke balai melaporkan hal ini tetapi mereka tidak berkata apa-apa tentang hal itu dan terus menghabiskan laporan yang ditulis sebelum Amanda kembali ke rumah.

P4
sumber: instagram

Dua hari kemudian, Amanda mendapat tahu bahawa pelaku gangguan seksual itu telah ditangkap dan gadis itu merasakan bahawa kesnya diselesaikan hanya selepas kes berkenaan tular.

“Saya rasa hal ini diselesaikan dengan segera sebab saya tularkan kes tu. Gangguan seksual berlaku setiap masa, tetapi ramai orang termasuklah polis tidak rasa itu masalah besar,” kata Amanda.

Selalu kita dengar laman sosial banyak keburukannya daripada kebaikan. Namun hal seperti ini membuktikan bahawa media sosial juga boleh membawa manfaat kepada masyarakat jika digunakan dengan betul.

Tonton rakaman video kamera litar tertutup yang ditularkan Amanda di sini:

Sumber: Instagram

Baca: Polis Dimalukan Orang Awam Kutip Dan Pulangkan Sampah Yang Dibuangnya Dari Kereta

Snip

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.