Bila tiba ambang tahun baru, berpusu-pusu orang keluar untuk pergi menyambut tibanya tahun baru ini. Ada yang layan konsert dekat Dataran Merdeka, ada yang tengok Pesta Lampu di Putrajaya dan ada yang duduk di tangga dataran Shah Alam tunggu acara bunga api.
Bagi mat-mat rempit di Pulau Pinang, dorang pun tak terlepas jugak nak menyambut tahun baru dengan memanaskan lebuhraya dengan perlumbaan dorang.
Tapi apa yang dorang tak tahu, pihak polis dah bersedia nak buat operasi yang dipanggil Operasi Malam Tahun Baru di sepanjang jalan di Pantai Seagate.
Menurut Penang Kini, lebih 1000 penunggang motosikal dikepung dan ditahan. Bukan tu je, dorang juga terpaksa tolak motor berkilometer jauhnya untuk ke balai polis yang terletak di Bayan Baru. Ha parahhh
Namun, semasa pihak polis baru nak kepung jalang di Pantai Seagate tu dengan meletakkan kereta-kereta polis di tengah jalan, satu video di Twitter menunjukkan seorang mat rempit berani mati mencilok halangan polis untuk melepaskan diri.
Menangis Rossi kalau tengok mat rempit Malaysia lepas roadblock 😂 pic.twitter.com/Ea3J3LLuLq
— faris hakimi🇵🇸 (@farishkimy) January 1, 2020
Peh berani betul, kalau dia yang accident tu satu hal lah, kalau polis yang kena langgar siapa nak tanggung?