Tidak memakai topi keledar ketika membawa atau membonceng motosikal adalah satu kesalahan jalan raya dan kedua-duanya boleh dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.
Kenapa tak pakai topi keledar?
Bercerita tengan kesalahan jalan raya, baru-baru ini tular satu kejadian di Bandar Puerto Princesa, Filipina apabila pihak polis menahan seorang penghantar barang kerana membawa pembonceng yang tidak memakai topi keledar.
Usai menahan penunggang motosikal tersebut di atas kesalahan jalan raya, pihak polis terkejut apabila menyedari penumpang yang tidak memakai topi keledar tersebut sebenarnya adalah patung plastik berbentuk manusia.
Hasil pemeriksaan mendapati penunggang motosikal tersebut ialah seorang penghantar barang sebuah syarikat servis penghantaran, Kiefer. Ketika ditahan, individu tersebut sedang dalam perjalanan untuk menghantar patung manusia kepada pelanggan.
Ramai terhibur
Kisah ini dikongsikan di Facebook menerusi Just Ride Palawan dan ternyata ia mendapat perhatian warganet. Hasil tinjauan di ruangan komen rata-ratanya memuji penghantar barang tersebut yang cekal dan jujur dalam pekerjaannya.
Ada juga yang memuji pihak polis kerana menjalankan tugas dengan baik dengan memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjaga.
“Tabik buat pihak berkuasa di Bandar Puerto Princesa, mereka jalankan tugas dengan baik. Buat penghantar barang, bawa motosikal dengan selamat”, tulis seorang individu.
Kredit: Just Ride Palawan
BACA: Polis Pecah Tingkap Kereta Untuk Selamatkan Bayi, Rupa-Rupanya Patung Mainan