in

Polis Sahkan Lelaki Ditemui Terbaring Tepi Jalan Meninggal Dunia Akibat Covid-19

2Covid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki ditemui tidak sedarkan diri dan terbaring di Kuala Langat Rabu lepas. Polis telah mengesahkan kejadian yang berlaku di Jalan 3 Tepi Laut, Tanjung Sepat, Kuala Langat dan lelaki tersebut telah disahkan meninggal dunia seperti yang tular di media sosial.



Screenshot 2021 08 01 At 12.56.25 Pm

Menurut laporan Astro Awani, lelaki itu dipercayai positif Covid-19 sebelum disahkan oleh pegawai kesihatan Tanjung Sepat.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supritenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata kejadian itu dilaporkan orang awm kepada Balai Polis Tanjung Sepat kira-kira jam 5 petang.

Tanpa melengahkan masa, pihak polis menghubungi Pegawai Kecemasan Klinik Kesihatan Tanjung Sepat untuk mendapatkan bantuan ambulans ke tempat kejadian.

Screenshot 2021 08 01 At 1.05.36 Pm
Gambar sekadar hiasan

Pegawai kesihatan bertugas telah mengesahkan lelaki berusia 53 tahun itu telah meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Banting untuk bedah siasat dan mendapati mangsa positif Covid-19.

Untuk rekod, siasatan awal yang dijalankan pihak berkuasa mendapati tiada unsur jenayah telah berlaku kepada mangsa sebelum ditemui dalam keadaan sedemikian.

Baca: “Ayah saya tak dihormati” – Wanita Dakwa Ayah Tak Diberi Oksigen, Katil & Selimut Sebelum Meninggal Akibat Covid-19

Screenshot 2021 08 01 At 1.07.09 Pm

Sumber: Astro AWANI
Sumber: Google Image

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.