in

Polis Failkan 9 Tuduhan Jenayah Terhadap Jho Low Dan Bapa!

Ft 22 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Polis dah failkan pertuduhan jenayah kat Low Taek Jho (lebih dikenali sebagai Jho Low) dan bapanya kerana dipercayai terlibat dalam kes penyelewengan 1MDB. Tak lama lagi kena tangkap la tu!


WORLD OF BUZZ melaporkan yang Low dan bapa dia Tan Sri Low Hock Peng didakwa atas kesalahan pengubahan wang haram in absentia oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) dan Jabatan Peguam Negara.

015934902
sumber: wob

Kedua-dua pihak ni dah mendaftarkan kertas mahkamah pada hari ini di Putrajaya dan akan cuba mendapatkan waran tangkap untuk Low dan bapanya. Sumber dipercayai memaklumkan bahawa langkah yang tinggal hanyalah untuk mengekstradisi mereka.

“Dengan pendaftaran dakwaan ini, langkah seterusnya adalah untuk mengekstradisi mereka.”

Dokumen mahkamah mendedahkan bahawa lapan dakwaan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Anti-Keganasan 2001 (Akta 613) telah difailkan kepada Jho Low.

Lima daripada lapan dakwaan adalah berkenaan pemindahan wang manakala tiga lagi dakwaan adalah kerana penerimaan wang. Bapa Low juga mempunyai satu tuntutan mahkamah yang dibuat ke atasnya kerana memindahkan hampir RM230 Juta kepada anaknya Jho Low.

Maknanya lebih daripada RM1 Bilion diterima dan RM805 juta wang tunai dipindahkan kepada Jho Low. Banyaknya! Kesemua transaksi ni dibuat berasingan menggunakan akaun yang berbeza dari bulan Disember 2013 sehingga Jun 2014.

Difahamkan, wang tersebut digunakan untuk membeli Equanimity, superyatch Low yang disita kerajaan Malaysia dua minggu lepas.

Harap-harap Jho Low datang lah mahkamah nanti supaya pihak berkuasa boleh selesaikan hal ni cepat-cepat. Nak sorok sampai bila tu!

Baca: Rakan Jho Low Akan Mengaku Salah Kes 1MDB?

Aasas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.