in

Polis Buru Sekumpulan Lelaki Merusuh & Rosakkan Kereta Orang Awam Di Sri Petaling

Collage 40

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial menunjukkan sekumpulan lelaki memegang besi dan botol arak dilihat berkejaran dan bergaduh di sebuah kawasan di Sri Petaling.



Dalam video yang dimuat naik itu, dapat dilihat dua kumpulan lelaki sedang bergaduh antara satu sama lain menggunakan besi dan botol arak serta turut merosakkan kenderaan orang awam yang diparkir di kawasan tersebut.

Menurut kenyataan dari Ketua Polis Brickfields Amihizam Bin Hj Abdul Shukor, pihaknya kini sedang memburu lebih kurang 20 lelaki yang dipercayai terlibat dalam rusuhan yang berlaku pada jam 2.30 pagi Isnin lalu selepas mendapat aduan dari seorang warga tempatan.

Pengadu tersebut mengatakan yang dia telah pergi ke sebuah gerai bersama rakan-rakannya sebelum dua kumpulan lelaki tiba-tiba merusuh.

Screenshot 2022 06 29 At 10.42.55 Am

Kesemua lelaki itu telah bergaduh di antara satu sama lain dengan menggunakan senjata besi dan botol arak.

Lelaki-lelaki tersebut turut merosakkan beberapa buah kereta yang berada di sana termasuk kereta pengadu.”

Hasil pemeriksaan ke atas kereta pengadu mendapati keretanya mengalami kerosakan pecah cermin belakang dan cermin penumpang belakang sebelah kanan.

Screenshot 2022 06 29 At 10.41.19 Am

Pihak polis kini sedang giat mengesan semua suspek yang terlibat. Kes telah disiasat di bawah Seksyen 247 Kanun Keseksaan yang membawa hujuman penjara 2 tahun atau denda atau kedua-duanya.”

Amihizam juga turut meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini untuk menghubungi talian Hotline Polis Brickfields di 03-2297 9222 atau pergi ke mana-mana balai polis berdekatan.

Alahai, tak pasal-pasal je kereta orang yang takde kena mengena jadi mangsa.

 

Baca: “Ada-ada je warga Indo ni” – Tanggal ‘Masker’ Ketika Rusuhan, Lelaki Indonesia Ini Buat Netizen Terbahak

Screenshot 2022 06 29 At 10.51.34 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.